STR Hasil GOV MY Semakan: Fasa 1 2025
Kerajaan telah berjaya meningkatkan kadar peruntukan untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada RM2.3 bilion bagi Fasa 1 tahun 2025, berbanding RM2.1 bilion pada fasa yang sama tahun lalu. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah dan sederhana di seluruh negara.
Bagaimana cara membuat semakan STR Hasil GOV MY untuk Fasa 1 2025 dan memeriksa kelayakan bayaran? Lihat panduan dan info lengkap di bawah.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/sara-2024-semakan/
CARA STR DISALURKAN
Bagi memudahkan rakyat untuk menerima bantuan, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan disalurkan sama seperti tahun sebelum ini yang bergantung kepada penerima seperti berikut :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR.
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
TARIKH STR HASIL GOV MY DISALURKAN FASA 1
Susulan penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada minggu lalu, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa pertama (1) telah mula disalurkan bermula 22 Januari 2025, Rabu (hari ini) dan berperingkat sehingga 28 Januari 2025, Selasa.
MASA STR HASIL GOV MY DISALURKAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan disalurkan dalam akaun bank penerima mengikut masa berikut :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam; dan
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam.
*Bagaimanapun, masa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tidak menentu sehingga ke 28 Januari 2025.
AMAUN STR DISALURKAN FASA 1
- Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 :
- Tiada anak : RM500;
- 1-2 anak : RM500;
- 3-4 anak : RM500;
- 5 anak dan ke atas : RM500.
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
- Tiada anak : RM150;
- 1-2 anak : RM200;
- 3-4 anak : RM250;
- 5 anak dan ke atas : RM300.
- Warga Emas Tiada Pasangan :
- RM150.
- Bujang Pendapatan Bawah RM2,500 :
- RM150.
STR HASIL GOV MY SEMAKAN
Untuk mengetahui anda layak atau tidak menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa pertama (1), ikuti panduan semakan di laman rasmi STR seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi STR HASiL di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.