Semakan Status STR SARA 2025: Check Kelayakan & Cara Dapat Kredit Bantuan

Semakan STR SARA 2025 – Check Sama Ada Layak atau Tidak Sekarang

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 kini diperluas kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang tidak tersenarai dalam rekod eKasih, tetapi memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Mereka layak menerima kredit bulanan SARA bagi membeli barangan keperluan asas di kedai rakan strategik.

Nak tahu anda layak atau tidak untuk STR SARA 2025? Teruskan membaca panduan semakan status terkini dan ketahui cara check serta tebus kredit bantuan dengan mudah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

STR SARA 2025 SEMAKAN STATUS

APA ITU BANTUAN STR SARA 2025

Bermula April 2025, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan kepada semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (SARA) 2025 yang memenuhi syarat kelayakan bantuan merangkumi kategori berstatus eKasih dan bukan eKasih sebagai bantuan tambahan bulanan secara tanpa tunai melalui MyKad untuk penerima membeli Barangan Keperluan Asas.

SYARAT KELAYAKAN STR SARA 2025

Individu yang menepati syarat berikut layak menerima Bantuan Tambahan STR (SARA):

  1. Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
    • Berstatus Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data e-Kasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
  2. Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
    • Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

SEMAKAN JUMLAH KREDIT STR SARA 2025

Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) terbaru bermula April 2025 sehingga Disember 2025 adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMALULUS STR &
BERSTATUS EKASIH
LULUS STR & BUKAN EKASIH
Isi RumahRM200/bulanRM100/bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM150/bulanRM50/bulan
BujangRM50/bulan

CARA GUNA KREDIT STR SARA 2025

Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK STR SARA 2025

Status Layak atau Tidak Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

Di Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semak Status].
  5. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  6. Selesai.

Di Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  7. Selesai.

SEMAKAN BAKI KREDIT STR SARA 2025

Baki/Kredit SARA dalam MyKad boleh disemak melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

Untuk makluman, baki kredit bulanan SARA tidak akan luput dan boleh digunakan sepanjang tahun dan akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga 31 Disember 2025.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment