STR Tambahan 2025 Semak Kelayakan: Semakan Status Penerima (RM600, RM900, RM2100) – STR Register & Rumah Nilai

STR Tambahan 2025 Semak Kelayakan: Semakan Status Penerima (RM600, RM900, RM2100)
Kerajaan Malaysia melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah memperkenalkan bantuan tambahan pada tahun 2025 dengan peruntukan sebanyak RM13 billion. Inisiatif ini bertujuan untuk menyasarkan rakyat Malaysia yang layak dan memerlukan, termasuk bantuan tambahan seperti RM600, RM900, dan RM2100, serta melibatkan proses STR register dan semakan status kelayakan penerima.

Bagaimanakah cara semak kelayakan STR Tambahan 2025? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

PENGENALAN STR TAMBAHAN

Tambahan kepada bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah diperkenalkan sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan secara ansur setiap bulan secara tanpa tunai melalui kad pengenalan penerima bagi membantu memenuhi barangan keperluan asas rakyat yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

KELAYAKAN PENERIMA STR TAMBAHAN 2025

Pemberian bantuan tambahan (SARA) kepada penerima STR adalah terbahagi kepada dua kelayakan, iaitu :

  • Penerima STR Miskin Tegar dan Miskin eKasih :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Penerima STR Asas Bukan Miskin :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

NILAI AMAUN STR TAMBAHAN 2025 MENGIKUT KELAYAKAN

Pemberian Bantuan STR dan tambahan (SARA) bagi tahun 2025 adalah mengikut kelayakan penerima seperti berikut :

  • Penerima STR Miskin Tegar dan Miskin eKasih :
KATEGORI
PENERIMA
NILAI AMAUN BAYARAN
STR 2025
NILAI AMAUN BAYARAN
STR TAMBAHAN 2025
ISI RUMAH B400 anak : RM1,000
1-2 anak : RM1,500
3-4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
RM2,100
WARGA EMASRM600RM1,650
BUJANGRM600RM600
  • Penerima STR Asas Bukan Miskin :
KATEGORI
PENERIMA
NILAI AMAUN BAYARAN
STR 2025
NILAI AMAUN BAYARAN
STR TAMBAHAN 2025
ISI RUMAH B400 anak : RM1,000
1-2 anak : RM1,500
3-4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
RM900
ISI RUMAH M400 anak : RM500
1-2 anak : RM750
3-4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
RM900
WARGA EMASRM600RM450
BUJANGRM600

PAUTAN STR TAMBAHAN 2025 SEMAK KELAYAKAN

Berikut merupakan pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :

PERKARAPAUTAN
Portal Rasmi
Sumbangan Tunai Rahmah
(STR)
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

PANDUAN STR TAMBAHAN 2025 SEMAK KELAYAKAN

Ikuti panduan lengkap cara semak kelayakan sebagai penerima STR tambahan (SARA) seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR); atau klik pada pautan di atas.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Status Bayaran STR dan Tambahan (SARA) akan dipaparkan.
  13. Selesai.

JUMLAH PENERIMA LAYAK STR TAMBAHAN 2025

Penerima yang berkelayakan menerima bantuan STR Tambahan (SARA) adalah seramai :

JENIS BANTUANJUMLAH PENERIMA
YANG LAYAK 2025
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)8.3 juta penerima
(Fasa 1)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Tambahan
5.4 juta penerima

CARA PENERIMAAN BAYARAN STR TAMBAHAN

Penerimaan bayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah secara tunai menerusi akaun bank penerima atau secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Namun, penerimaan bayaran bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah secara tanpa tunai melalui kad pengenalan (MyKad) penerima.

TARIKH PENERIMAAN BAYARAN STR TAMBAHAN 2025

Penerimaan bantuan STR adalah secara ansur berfasa selama empat (4) fasa sepanjang tahun 2025. Namun, penerimaan bayaran bantuan STR Tambahan (SARA) adalah secara ansur setiap bulan mengikut tarikh berikut :

KELAYAKAN PENERIMA
STR TAMBAHAN
TARIKH BAYARAN
Miskin Tegar dan Miskin eKasih15 Januari 2025
sehingga
Disember 2025
Asas Bukan MiskinApril 2025
sehingga
Disember 2025

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR & SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan STR & SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202025.pdf.