Sumbangan Asas Rahmah MyKasih 2025: Semakan Kelayakan Online & Bayaran RM200, RM100, RM50
Kerajaan MADANI, di bawah kepimpinan Perdana Menteri ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah melanjutkan pemberian Sumbangan Asas Rahmah untuk tahun 2025 dengan kadar peruntukan yang lebih tinggi. Bantuan ini kini melibatkan lebih ramai rakyat yang layak untuk menerima bantuan kewangan, termasuk bayaran RM200, RM100, dan RM50, bagi membantu mereka mengurangkan beban kos sara hidup.
Bagaimanakah cara semakan status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah secara online? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk maklumat lebih lanjut mengenai status kelayakan dan jumlah bantuan.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/
PENGENALAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang bertujuan untuk membantu mengurangkan bebanan sara hidup rakyat terutamanya yang kurang berkemampuan memenuhi keperluan asas setiap bulan.
PROSES PENERIMAAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Penerimaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah melalui proses berikut :
- Setelah penerima diluluskan dan didaftarkan MyKasih, akaun akan dibuka berdasarkan Nombor Kad Pengenalan penerima dalam sistem Mykasih.
- Penerima akan menerima elaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara bulanan melalui Kad Pengenalan untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
- Pasar raya dan Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan Kad Pengenalan.
JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Setiap bulan, Sumbangan Asas Rahmah akan dibayar dengan jumlah sebanyak berikut :
- Penerima Sedia Ada :
- Isi Rumah : RM100 & RM200 sebulan sehingga RM2,100 setahun.
- Warga Emas Tunggal : RM100 & RM150 sebulan sehingga RM1,650 setahun.
- Bujang : RM50 sebulan sehingga RM600 setahun.
- Penerima Baharu :
- Isi Rumah : RM100 sebulan sehingga RM900 setahun.
- Warga Emas Tunggal : RM50 sebulan sehingga RM450 setahun.
JADUAL BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Tarikh pembayaran Sumbangan Asas Rahmah kepada penerima sedia ada dan penerima baharu adalah dijadualkan pada :
TARIKH BAYARAN KEPADA PENERIMA SEDIA ADA | TARIKH BAYARAN KEPADA PENERIMA BAHARU |
---|---|
15 Januari 2025 | – |
Februari 2025 | – |
Mac 2025 | – |
April 2025 | April 2025 |
Mei 2025 | Mei 2025 |
Jun 2025 | Jun 2025 |
Julai 2025 | Julai 2025 |
Ogos 2025 | Ogos 2025 |
September 2025 | September 2025 |
Oktober 2025 | Oktober 2025 |
November 2025 | November 2025 |
Disember 2025 | Disember 2025 |
KELAYAKAN PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH
- Kelayakan Penerima Sedia Ada :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Kelayakan Penerima Baharu :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
PANDUAN SEMAKAN STATUS PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH
Berikut merupakan panduan lengkap cara semakan status kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah melalui portal rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.