Sumbangan Tunai Rahmah 2025: Semakan Kelayakan Online & Bayaran

Sumbangan Tunai Rahmah 2025: Semakan Kelayakan Online & Bayaran

Kerajaan telah meningkatkan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 sehingga RM13 bilion, menjadikannya bantuan tunai tertinggi dalam sejarah Malaysia. Inisiatif ini bertujuan membantu lebih ramai rakyat, khususnya golongan B40 dan M40, dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bagaimana cara semakan status kelayakan STR 2025 secara online? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk maklumat terkini mengenai syarat kelayakan dan jumlah bayaran.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Setiap kategori akan menerima jumlah yang berbeza seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
(B40)
Tiada anak : RM1,000
1 – 2 anak : RM1,500
3 – 4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
(M40)
Tiada anak : RM500
1 – 2 anak : RM750
3 – 4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM600
BujangRM600

KAEDAH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Penerima yang layak akan menerima bayaran melalui kaedah berikut :

  • Penerima Ada Akaun Bank :
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan; atau
  • Penerima Tiada Akaun Bank :
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Pembayaran adalah secara ansur berperingkat melalui empat (4) fasa mengikut tarikh seperti berikut :

FASA BAYARANTARIKH
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Pertama (1)22 – 28 Januari 2025
Kedua (2)Belum diumumkan
Ketiga (3)Belum diumumkan
Keempat (4)Belum diumumkan

*Nota : Tarikh akan diumumkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sebaik sahaja ianya diumumkan secara rasmi.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima yang ditetapkan pada tahun ini :

  • Kelayakan Isi Rumah :
    • Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah;
    • Pasangan Warganegara Malaysia atau bukan Warganegara Malaysia;
    • Sekiranya memiliki anak (anak kandung atau anak tidak sah taraf atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN) mestilah Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke bawah atau berumur 19 tahun bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.
  • Kelayakan Warga Emas :
    • Berpasangan atau bujang;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
  • Kelayakan Bujang :
    • Bujang atau Balu atau Duda / Janda tiada anak;
    • Berumur 21 hingga 59 tahun;
    • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah;
    • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Ketahui status kelayakan anda sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah melalui semakan status di pautan rasmi berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status anda akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.