Syarat Kelayakan MyKasih SARA 2025: Semakan Status Penerima Bantuan RM200, RM100 & RM50 Sebulan

Syarat Kelayakan MyKasih SARA 2025: Semakan Status Penerima Bantuan RM200, RM100 & RM50 Sebulan

Kerajaan meneruskan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 sebagai inisiatif berterusan untuk membantu golongan yang memerlukan, khususnya keluarga rentan dan mudah terjejas. Bantuan ini membolehkan penerima mendapatkan barangan keperluan asas dengan lebih mudah melalui sistem pembayaran tanpa tunai.

Apakah syarat kelayakan penerima Bantuan MyKasih SARA 2025? Rujuk panduan lengkap di bawah untuk mengetahui syarat kelayakan dan cara membuat semakan status secara online.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH SARA 2025

BACA JUGA : Bantuan Madani 2025

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH SARA

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Miskin dan Miskin Tegar eKasih
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
    • Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  3. Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

PORTAL SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH SARA ONLINE

Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  8. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  9. Selesai.

JUMLAH KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH SARA 2025

Jumlah bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
PENERIMA STR
&
(BERSTATUS eKasih)
BULAN
JANUARI – MAC
BULAN
APRIL – DISEMBER
Isi rumahRM100
sebulan
RM 200
sebulan
Warga emas tiada pasanganRM100
sebulan
RM 150
sebulan
BujangRM50
sebulan
RM 50
sebulan
  • Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
PENERIMA STR
(BUKAN eKasih)
BULAN
JANUARI – MAC
BULAN
APRIL – DISEMBER
Isi rumahRM 100
sebulan
Warga emas tiada pasanganRM 50
sebulan
Bujang

CARA PENYALURAN BANTUAN MYKASIH SARA 2025

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan.Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

LIST BARANGAN MAKANAN ASAS MYKASIH SARA 2025

Berikut merupakan antara 10 kategori barangan dapur yang berlabel MyKasih yang boleh dibeli di Pasaraya dengan menggunakan MyKad :

  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.

CONTOH PASARAYA UNTUK PEMBELIAN BARANGAN MYKASIH SARA

MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh Negara untuk pembelian menggunakan MyKad termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Serta Pasar Raya dan Pasar Mini Bebas.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara