Bayaran Syukur Sabah Fasa 2 2025: Semakan Kelayakan & Tarikh Bantuan Masuk

Bila Bayaran Syukur Sabah Fasa 2 2025 & Cara Semak Kelayakan Anda

Sebanyak RM358.5 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, khusus bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar. Bantuan ini diberikan dalam bentuk bayaran tunai sebagai usaha meringankan beban kewangan rakyat yang memerlukan.

Ingin tahu bila bayaran Syukur Sabah Fasa 2 akan dibuat dan bagaimana cara semakan kelayakan? Teruskan membaca panduan lengkap di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BILA BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025

OBJEKTIF PELAKSANAAN SYUKUR SABAH 2025

ujuan utama perlaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR Sabah) adalah seperti berikut:

  • Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas;
  • Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar;
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah selaras dengan agenda nasional; DAN
  • Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan rakyat dan agihan mengikut keutamaan.

AMAUN BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025

Jumlah bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

FASA PEMBAYARANAMAUN BANTUAN
Fasa Kedua (2)RM 900

Penyaluran Fasa 2 kepada penerima adalah sebanyak RM900, meliputi jumlah bayaran untuk tiga (3) bulan serentak dimana bayaran tersebut adalah gabungan daripada bulan April (RM300), Mei (RM300) dan Jun (RM300).

SIAPAKAH YANG LAYAK BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

  1. Warganegara Malaysia;
    • Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
    • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
    • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H;
  2. Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
  3. Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

SEMAK STATUS KELAYAKAN BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025

Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 (SYUKUR) : https://sukur.sabah.gov.my/
  2. Halaman utama Portal Semakan Program Sentuhan Kasih Rakyat akan dipaparkan.
  3. Klik [Teruskan] pada pemakluman terkini.
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] diruangan yang disediakan
  5. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  6. ⁠Status Kelayakan Penerima akan di paparkan di sini ‘Layak’ atau ‘Tidak’.
  7. Sekiranya disahkan ‘Layak’, bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  8. Selesai.

JADUAL BAYARAN SYUKUR SABAH 2025

Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:

  • Fasa 1 (Januari – Mac 2025) : Pembayaran bermula 19 Februari 2025 (Rabu)
  • Fasa 2 (April – Jun 2025) : Pembayaran bermula April 2025
  • Fasa 3 (Julai – September 2025) : Pembayaran bermula September 2025
  • Fasa 4 (Oktober – Disember 2025) : Pembayaran bermula Oktober 2025

CARA PENGKREDITAN BAYARAN SYUKUR SABAH 2025

Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan seperti berikut:

  • Dikreditkan menerusi akaun bank penerima bagi penerima yang mempunyai akaun bank;
  • Diberikan secara tunai kepada penerima yang tiada akaun bank atau status ‘gagal kredit’;
  • Dikreditkan menerusi akaun e-Wallet YONO Superapp.

RUJUKAN

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/home/faq

Leave a Comment