Bila Masuk Bantuan Syukur Sabah Fasa 2 2025: Semakan Status Kelayakan Penerima RM900

Bantuan Syukur Sabah Fasa 2 2025 adalah inisiatif khas Kerajaan Negeri Sabah menerusi Belanjawan Negeri Sabah 2025, yang bertujuan membantu golongan miskin dan miskin tegar menghadapi kos sara hidup. Bantuan ini disalurkan dalam bentuk kewangan sebanyak RM900 secara berperingkat, bagi memenuhi keperluan asas harian rakyat yang layak.

Bila tarikh duit RM900 bantuan Syukur Sabah Fasa 2 akan masuk dan bagaimana semakan kelayakan penerima dibuat? Rujuk panduan lengkap di bawah untuk info lanjut.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BILA MASUK SYUKUR SABAH FASA 2 2025

BACA JUGA : Semakan Status MyKasih SARA 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

JUMLAH MASUK BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 2

Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

FASA PEMBAYARANAMAUN BANTUAN
Fasa 2RM 900

TARIKH BILA MASUK BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2

Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:

FASATARIKH PEMBAYARAN
Fasa 2April 2025

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SABAH

Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Online untuk Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 di https://sukur.sabah.gov.my/
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan dan klik [Teruskan] pada pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan untuk semakan.
  4. Kemudian, klik (Semak).
  5. ⁠Status Kelayakan Penerima Bantuan akan di paparkan di sini ‘Lulus’ atau ‘Tidak’.

CARA MASUK BAYARAN SYUKUR SABAH 2025

Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan terus ke akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan; atau
  • Diberikan secara tunai kepada penerima yang tidak mempunyai akaun bank; atau
  • Pengkreditan terus ke dalam e-Wallet YONO Superapp penerima bagi penerima yang mempunyai apps tersebut.

RUJUKAN

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/home/faq