TARIKH BAYAR BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025 FASA 2: SEMAK STATUS KELAYAKAN
Bantuan Tunai Rahmah (BTR) 2025 adalah kesinambungan daripada bantuan kerajaan terdahulu seperti BKM dan BTR, bertujuan membantu rakyat menghadapi kos sara hidup. Bayaran disalurkan secara berfasa bagi memastikan penerima mendapat bantuan secara berperingkat sepanjang tahun.
Bilakah tarikh bayaran Bantuan Tunai Rahmah (BTR) Fasa 2 dan bagaimana cara semakan kelayakan? Ikuti info lengkap di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : Bantuan Madani 2025
KAEDAH KERAJAAN BAYAR BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025 FASA 2
Terdapat dua (2) kaedah kerajaan membayar Bantuan Tunai Rahmah kepada penerima, iaitu melalui :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan.
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
TARIKH BAYAR BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025 FASA 2
Pembayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 dijangka bermula pada tarikh berikut :
KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Melalui kaunter Bank Simpanan Nasional | Mulai 3 April 2025 |
Melalui akaun bank penerima | 3 April 2025 dan berperingkat |
WAKTU BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025
Bayaran Bantuan Tunai Rahmah ke dalam bank penerima adalah mengikut waktu berikut :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam;
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
- Lain-lain bank : Selepas 10 malam.
*Nota : Namun, waktu masuk adalah tidak menentu dan akan mengambil tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.
KADAR AMAUN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025 FASA 2
Kadar bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 adalah dianggarkan seperti berikut :
- Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah :
- RM150 hingga RM650 (bergantung bilangan anak).
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
- RM100 hingga RM300 (bergantung bilangan anak).
- Warga Emas Tiada Pasangan :
- RM150 setiap individu.
- Bujang :
- RM150 setiap individu.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025 FASA 2
Untuk mengetahui status sebagai penerima bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2, ikuti panduan semakan status sepertu berikut :
- Sila layari laman rasmi Bantuan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.