TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025: SEMAK STATUS KELAYAKAN
Kerajaan meneruskan Bantuan Tunai Rahmah (BTR) Fasa 2 tahun 2025 sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi kos sara hidup. Pembayaran dilakukan secara berperingkat bagi memastikan penerima yang layak mendapat bantuan tepat pada masanya.
Bilakah tarikh bayaran BTR Fasa 2 tahun 2025 dan bagaimana cara untuk semak status kelayakan? Ketahui maklumat lengkap di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : MyKasih Semakan 2025
CARA BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025
Terdapat dua (2) cara bayaran Bantuan Tunai Rahmah, iaitu :
PENERIMA ADA AKAUN BANK | PENERIMA TIADA AKAUN BANK |
---|---|
Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa mengemukakan permohonan | Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak |
TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025
Pembayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa ke-2 dijangka akan mula dibayar pada tarikh berikut :
FASA PEMBAYARAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Kedua (2) | Bermula 3 April 2025 dan berperingkat |
*Nota : Pihak kami akan kemaskini kembali jadual di atas sekiranya terdapat perubahan tarikh bayaran Bantuan Tunai Rahmah oleh Kementerian Kewangan (MOF).
KADAR AMAUN BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025
Kadar amaun Bantuan Tunai Rahmah yang dibayar untuk fasa ke-2 adalah mengikut kategori seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Penerima Isi Rumah Berpasangan (ada atau tiada anak) atau Ibu / Bapa Tunggal (ada anak).
ISI RUMAH PENDAPATAN BAWAH RM2,500 | ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,501-RM5,000 |
---|---|
Bergantung bilangan anak : RM150 hingga RM650 | Bergantung bilangan anak : RM100 hingga RM300 |
- KATEGORI BUJANG :
- Penerima Bujang (belum berkahwin) atau Balu / Janda / Duda (tiada anak).
BUJANG UMUR 21 HINGGA 59 TAHUN | BUJANG UMUR 60 TAHUN & KE ATAS |
---|---|
RM150 | RM150 |
SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025
Untuk semakan status kelayakan sebagai penerima bayaran Bantuan Tunai Rahmah, anda boleh mengakses pautan Portal Rasmi di bawah :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Bantuan Tunai Rahmah 2025 | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Ikuti cara semak status kelayakan pembayaran Bantuan Tunai Rahmah seperti berikut :
- Layari pautan Portal Rasmi Bantuan Tunai Rahmah di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.