Tarikh Bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 2025: Semakan Status Kelayakan Penerima

Tarikh Bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 2025: Semakan Status Kelayakan Penerima

Kerajaan terus memperkasa Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dengan peruntukan tertinggi dalam sejarah bagi memastikan golongan B40 dan M40 menerima bantuan kewangan yang mencukupi. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan rakyat serta membantu dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Bilakah tarikh pembayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 2025? Rujuk maklumat lengkap di bawah untuk jadual pembayaran rasmi, syarat kelayakan, dan cara membuat semakan status penerima secara online.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025

BACA JUGA : Bantuan Madani 2025

SYARAT LULUS PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025

Pembayaran Bantuan STR 2025 seperti berikut:

FASA BAYARANTARIKH PEMBAYARAN
Pembayaran Fasa 122 Januari 2025
Pembayaran Fasa 2Pembayaran STR Fasa 2 dijangka akan dilaksanakan pada 3 April 2025.

Namun begitu, jika terdapat sebarang perubahan terkini mengenai tarikh sebenar bayaran, pihak kami akan maklumkan dan kemaskini dari semasa ke semasa.
Pembayaran Fasa 3 dan 4Tarikh rasmi akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025

CHECK STATUS LULUS ATAU TIDAK PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH ONLINE

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  14. Selesai.

CARA PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH

Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

JENIS PENERIMAKAEDAH PENYALURAN STR
Penerima yang mempunyai Akaun BankPengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

AMAUN KELAYAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025

Kadar bantuan STR bagi tahun 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah
berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1,000
1 hingga 2 Anak : RM 1,500
3 hingga 4 Anak : RM 2,000
5 Anak Keatas: RM 2,500
Isi rumah
berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 500
1 hingga 2 Anak : RM 750
3 hingga 4 Anak : RM 1,000
5 Anak Keatas : RM 1,250
Warga emas tiada pasangan
berpendapatan
RM 5000 dan kebawah
RM 600
Bujang
berpendapatan
RM 2500 dan kebawah
RM 600

Kadar bantuan ini adalah jumlah keseluruhan bagi tahun 2025, dan wang akan diagihkan secara berfasa (Fasa 1, 2, 3, dan 4)

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf