TARIKH BAYARAN STR 2025 FASA 3: SEMAK STATUS KELAYAKAN & BILA DUIT MASUK

TARIKH BAYARAN STR 2025 FASA 3: SEMAK STATUS KELAYAKAN & BILA DUIT MASUK

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 diteruskan secara berperingkat mengikut fasa sepanjang tahun. Bagi Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran telah selesai dikreditkan pada bulan Mac dan Mei. Kini, ramai penerima sedang menantikan tarikh rasmi bayaran STR Fasa 3 yang dijangka akan dibuat dalam masa terdekat kepada penerima sedia ada dan permohonan baharu yang lulus.

Nak tahu bila duit STR Fasa 3 akan masuk dan bagaimana nak semak status kelayakan anda? Teruskan membaca panduan lengkap di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

TARIKH BAYARAN DUIT STR 2025

TARIKH BAYARAN DUIT STR 2025

Bayaran duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan secara berfasa mengikut tarikh seperti berikut :

  • Fasa satu (1) :
    • 22 Januari hingga 28 Januari 2025.
  • Fasa dua (2) :
    • 24 Mac hingga 27 Mac 2025.
  • Fasa tiga (3) :
    • Dijangka akhir Julai hingga Ogos 2025.
  • Fasa empat (4) :
    • Dijangka November 2025.

KADAR BAYARAN DUIT STR 2025

Berikut merupakan kadar bayaran duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2025 dan bagi fasa tiga (3) :

Kategori Isi Rumah :

  • Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) :
    • Tiada anak : RM1,000 (Bayaran Fasa 3 RM150)
    • 1 – 2 anak : RM1,500 (Bayaran Fasa 3 RM350)
    • 3 – 4 anak : RM2,000 (Bayaran Fasa 3 RM500)
    • 5 anak ke atas : RM2,500 (Bayaran Fasa 3 RM650)
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (M40) :
    • Tiada anak : RM500 (Bayaran Fasa 3 RM100)
    • 1 – 2 anak : RM750 (Bayaran Fasa 3 RM200)
    • 3 – 4 anak : RM1,000 (Bayaran Fasa 3 RM250)
    • 5 anak ke atas :
    • RM1,250 (Bayaran Fasa 3 RM300)

Kategori Bujang :

  • Bujang Umur 21 hingga 59 tahun :
    • RM600 (Bayaran Fasa 3 : RM150)
  • Bujang Umur 60 tahun ke atas (Warga Emas) :
    • RM600 (Bayaran Fasa 3 : RM150)

KAEDAH BAYARAN DUIT STR 2025

Kaedah pembayaran duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bergantung penerima seperti berikut :

  • Penerima Ada Akaun Bank :
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan.
  • Penerima Tiada Akaun Bank :
    • Dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN DUIT STR 2025

Rujuk panduan semakan status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang lengkap seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.

Leave a Comment