Tarikh Masuk STR 2025 Fasa 2: Semakan Kelayakan & Bayaran

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 merupakan bantuan kewangan kerajaan yang disalurkan secara berperingkat untuk membantu golongan B40 dan M40. Bayaran bagi Fasa 2 dijangka akan dikreditkan tidak lama lagi bagi meringankan beban kewangan penerima yang layak.

Bilakah tarikh masuk STR Fasa 2 2025? Ketahui jadual bayaran dan cara semakan status kelayakan di sini!

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

TARIKH MASUK STR 2025 FASA 2

BACA JUGA : BANTUAN RAYA 2025

CARA PENERIMAAN STR 2025 FASA 2

Terdapat dua (2) cara penerimaan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2), iaitu bergantung kepada penerima seperti berikut :

  • Penerima ada akaun bank :
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR.
  • Penerima tiada akaun bank :
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

TARIKH MASUK STR 2025 FASA 2

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2) dijangka akan dimasukkan pada tarikh seperti berikut :

JENIS BANTUANTARIKH KREDIT MASUK
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah
Fasa dua (2)
Bermula 24 Mac 2025

*Bagaimanapun, pihak Kerajaan dan Kementerian Kewangan (MOF) belum mengumumkan tarikh bayaran masuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara rasmi dan sekiranya terdapat perubahan tarikh di atas, akan dikemaskini kembali.

WAKTU KREDIT MASUK STR 2025 FASA 2

Lazimnya, waktu pengkreditan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ke dalam akaun bank penerima adalah mengikut waktu-waktu seperti berikut :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam;
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
  • Lain-lain bank : Selepas 10 malam.

*Namun, waktu bantuan masuk ke dalam akaun bank penerima adalah tidak menentu kerana mengambil masa tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja daripada tarikh yang dinyatakan.

AMAUN MASUK STR 2025 FASA 2

  • KATEGORI ISI RUMAH :
    • Isi Rumah Berkahwin (ada / tiada anak) dan Isi Rumah Tunggal (ada anak).
KELAYAKAN ISI RUMAHAMAUN BANTUAN STR FASA 2
Pendapatan Isi Rumah
Bawah RM2,500
RM150 hingga RM650
(Bergantung bilangan anak)
Pendapatan Isi Rumah
RM2,501 – RM5,000
RM100 hingga RM300
(Bergantung bilangan anak)
  • KATEGORI BUJANG :
    • Belum Berkahwin / Balu / Duda / Janda (tiada anak).
KELAYAKAN BUJANGAMAUN BANTUAN STR FASA 2
Umur Bujang
21 hingga 59 tahun
RM150
Umur Bujang
60 tahun dan ke atas
RM150

PAUTAN LAMAN RASMI STR 2025

Berikut merupakan pautan laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :

PANDUAN SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA STR 2025 FASA 2

Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2), ikuti panduan cara semak status kelayakan seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di atas.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.