UPU POCKET 2025: SEMAKAN KEPUTUSAN KELAYAKAN TERKINI MELALUI APLIKASI RASMI

UPU POCKET 2025: SEMAKAN KEPUTUSAN KELAYAKAN TERKINI MELALUI APLIKASI RASMI

Aplikasi UPUPocket 2025 merupakan platform rasmi percuma yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Ia memudahkan pelajar untuk membuat permohonan dan menyemak keputusan UPU terus melalui telefon pintar, tanpa perlu ke laman web.

Bagaimanakah cara semakan keputusan kelayakan melalui aplikasi UPUPocket dilakukan? Teruskan membaca untuk panduan lengkap, termasuk langkah semakan, fungsi aplikasi, dan tarikh penting yang perlu anda tahu.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

UPU POCKET 2025

PENGENALAN UPU POCKET

Aplikasi UPUPocket telah diperkenalkan sejak 3 Februari 2018 bersempena dengan Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 (Jom Masuk U / IPTA) dan kini aplikasi UPUPocket telah dinaiktaraf kepada versi 2.0 dengan pelbagai fungsi yang lebih menarik untuk kemudahkan semua pelajar.

FUNGSI UPU POCKET 2025

Antara fungsi terbaru aplikasi UPUPocket adalah :

FUNGSI UPUPOCKETKETERANGAN FUNGSI
Semakan StatusSemak Status Permohonan UPU, Status Kelayakan,
Keputusan Permohonan dan
Keputusan Rayuan
e-PanduanPanduan untuk lepasan SPM, SPTM / setaraf,
UPUSkills, carian program dan laluan kerjaya
TakwimKalendar dengan tarikh-tarikh penting berkaitan
permohonan UPU secara dalam talian
AduanSebarang aduan atau maklumbalas terus
daripada UPUPocket
DirektoriDirektor universiti / kolej yang disenaraikan untuk
memudahkan para pelajar menghubungi
terus pihak universiti / kolej

MUAT TURUN APLIKASI UPU POCKET 2025

Aplikasi UPUPocket boleh dimuat turun dalam peranti mudah alih (telefon bimbit) melalui :

  • Google Play : Bagi pengguna Android; atau
  • App Store : Bagi pengguna iOS.

SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN UPU POCKET 2025

Bagi yang ingin menyemak status keputusan Permohonan UPU bagi akademik sesi 2025/2026, ikuti panduan semakan seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi UPUPocket dalam Google Play atau App Store.
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Pilih menu [Semakan Keputusan Permohonan UPU].
  4. Bahagian semakan keputusan akan dipaparkan.
  5. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
  6. Keputusan permohonan UPU sesi akademik 2025/2026 akan dipaparkan.
  7. Selesai.

*Nota : Bagi calon yang layak menerima tawaran ke Universiti Awam (UA), diwajibkan untuk membuat pengesahan ‘Setuju Terima Tawaran’. Sekiranya calon tidak mengesahkan, calon dianggap menolak tawaran.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan UPU, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://upu.mohe.gov.my.

Leave a Comment