Program SARA MyKasih 2025 telah dibuka untuk 4.7 juta penerima STR! Bantuan bulanan ini dikreditkan terus ke MyKad penerima layak mulai April 2025 untuk membeli keperluan asas secara tanpa tunai.
Anda ingin tahu status kelayakan anda? Ikuti panduan lengkap ini untuk:
Cara semak status SARA MyKasih 2025
Kriteria kelayakan terkini
Senarai penerima yang layak
Cara gunakan bantuan melalui MyKad
PENGUMUMAN:
PENGHARGAAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA (23 JULAI 2025, RABU, 10:30 PAGI)
Berhubung pengumuman ‘Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia’ oleh YAB Perdana Menteri pada 23 Julai 2025, 10:30 pagi, 22 juta rakyat Malaysia akan menerima RM100 melalui MyKad yang boleh dibelanjakan di pasaraya terlibat di seluruh negara. Program ini akan bermula pada 31 Ogos 2025 dan penerima boleh membuat pembelian mulai 31 Ogos 2025 sehingga tarikh tamat program iaitu 31 Disember 2025.
Sila ikuti halaman Facebook MyKasih Foundation untuk notifikasi permulaan program.
**
Following the YAB Prime Minister’s recent announcement on 23rd July 2025 at 10:30am, 22 million Malaysians will receive RM100 via their MyKad which can be spent at participating retail outlets nationwide. The programme will commence on 31st August 2025 and recipients have until 31st December 2025 to utilise their allocation.
Please follow the MyKasih Foundation Facebook page to be informed of the go-live date.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

MANFAAT KREDIT SARA MYKASIH 2025
Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan menerima kredit bulanan melalui MyKad khusus untuk membeli 14 Kategori Produk Barangan Keperluan Asas yang diluluskan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan, barangan persekolahan dan barangan kebersihan rumah di pasar raya atau kedai runcit berdaftar dengan pembayaran menggunakan MyKad (IC).
JUMLAH PENGKREDITAN SARA MYKASIH 2025
Kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:
- Penerima Sedia Ada
| PENERIMA SEDIA ADA (LULUS STR & BERSTATUS EKASIH) | AMAUN BULANAN (RM) | 
|---|---|
| Isi Rumah (RM2,100 Setahun) | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) | 
| Warga Emas Tiada Pasangan (RM1,650 Setahun) | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) | 
| Bujang (RM600 Setahun) | RM50/bulan (bermula Januari – Disember) | 
- Penerima Baharu
| PENERIMA BAHARU (LULUS STR & BUKAN EKASIH) | AMAUN BULANAN (RM) | 
|---|---|
| Isi Rumah (RM900 Setahun) | RM100/bulan (bermula April – Disember) | 
| Warga Emas Tiada Pasangan (RM450 Setahun) | RM50/bulan (bermula April – Disember) | 
SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA MYKASIH 2025 ONLINE
Semakan bantuan boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
 [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
- Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
 [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara
