Semakan Kelayakan Bantuan MyKad 2025: Ketahui Sama Ada Anda Layak (RM2100, RM900 & RM600)

Semakan Kelayakan Bantuan MyKad 2025 kini boleh dibuat untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan berjumlah RM2100, RM900 atau RM600. Bagi memastikan agihan bantuan berjalan dengan cekap, telus dan selamat, pembayaran dilakukan secara tanpa tunai terus ke dalam MyKad (kad pengenalan) penerima yang memenuhi syarat kelayakan.

Ingin tahu bagaimana cara membuat semakan kelayakan Bantuan MyKad 2025? Ikuti panduan dan info penting yang kami sediakan di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN MYKAD 2025

SISTEM KREDIT BANTUAN MYKAD 2025

Pengkreditan Bantuan MyKad adalah melalui sistem berikut :

  1. Setelah penerima diluluskan dan didaftarkan, akaun akan dibuka berdasarkan Nombor MyKad penerima dalam sistem yang mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
  2. Penerima akan menerima elaun bulanan melalui MyKad untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
  3. Pasar raya dan Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran tanpa tunai di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.

JUMLAH BANTUAN MYKAD MENGIKUT KELAYAKAN

Jumlah Bantuan yang dikreditkan dalam MyKad adalah mengikut kelayakan penerima seperti berikut :

  • PENERIMA KELAYAKAN STR & E-KASIH :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH KREDIT
SETIAP BULAN
JUMLAH KREDIT
SETAHUN
ISI RUMAH
(Berpasangan / Tunggal)
RM100 / RM200RM2,100
WARGA EMAS
(Tiada Pasangan)
RM100 / RM150RM1,650
BUJANGRM50RM600
  • PENERIMA KELAYAKAN STR SAHAJA :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH KREDIT
SETIAP BULAN
JUMLAH KREDIT
SETAHUN
ISI RUMAH
(Berpasangan / Tunggal)
RM100RM900
WARGA EMAS
(Tiada Pasangan)
RM50RM450
BUJANG

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN MYKAD 2025

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKad, ikuti panduan semakan berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor MyKad dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  10. Selesai.

CARA GUNA BANTUAN MYKAD 2025

Hanya penerima yang disahkan sahaja boleh menggunakan Bantuan MyKad seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai yang menerima bayaran menggunakan MyKad (rujuk : Senarai Kedai Terpilih Di Sini).
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  5. Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN MyKad.
  6. Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan dan resit akan diberikan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.