Bantuan STR 2025 Bujang: Semakan Status Kelayakan & Bayaran Terkini Fasa 3

Bantuan STR 2025 untuk kategori bujang kini memasuki Fasa Ketiga dengan penyaluran bayaran kepada individu yang layak. Kelayakan adalah berdasarkan syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan, dan kadar bayaran berbeza mengikut kategori penerima.

Bagaimanakah cara untuk semak status kelayakan terkini bagi Bantuan STR 2025 bujang? Ikuti panduan dan maklumat lengkap di bawah untuk mengetahui sama ada anda layak atau tidak menerima bayaran STR fasa ini.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BANTUAN STR 2025 BUJANG

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2025 KATEGORI BUJANG

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR Bujang 2025 adalah seperti berikut:

  • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Berumur 21-59 tahun; dan
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JUMLAH BANTUAN STR 2025 KATEGORI BUJANG 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 adalah mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM)AMAUN BAYARAN FASA 3
BujangRM 600RM 150

SEMAKAN STATUS TERKINI LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN STR 2025 BUJANG ONLINE

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  14. Selesai.

TARIKH MASUK KREDIT STR 2025 BUJANG FASA 3

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 seperti berikut:

FASA STRTARIKH PEMBAYARAN
STR FASA 3Tarikh agihan bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.

CARA MASUK KREDIT STR 2025

Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf

Leave a Comment