Jumlah bayaran STR 2025 telah diumumkan secara rasmi oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Bayaran STR ini diberikan secara berfasa dan melibatkan perubahan amaun berbanding tahun sebelumnya. Kini, jumlah bayaran STR Fasa 2 2025 dan jumlah bayaran STR Fasa 4 telah meningkat, bergantung kepada kategori penerima seperti Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas. Dalam artikel ini, kami kongsikan jadual lengkap jumlah bayaran STR mengikut kategori pendapatan, bilangan anak, serta status kelulusan termasuk permohonan baharu dan rayuan STR.
Kami juga terangkan pecahan amaun STR Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Fasa 4 supaya pemohon dapat tahu bila bayaran STR fasa 4 masuk ke akaun. Artikel ini sangat sesuai untuk semua pemohon B40, M40, bujang, warga emas tiada pasangan, serta yang sedang buat kemaskini STR 2025.
STR Dibayar Mengikut Fasa & Kategori
Pembayaran STR 2025 dibahagikan kepada empat (4) fasa iaitu Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4. Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank atau dituntut secara tunai di BSN. Amaun bayaran pula ditentukan berdasarkan:
- Kategori pendapatan isi rumah
- Bilangan anak tanggungan
- Status kelulusan (awal, rayuan, kemaskini)
- Fasa permohonan lulus
Jumlah Bayaran STR Kategori Isi Rumah ≤ RM2,500
Ini adalah kumpulan penerima paling layak dan menerima amaun tertinggi. Sila rujuk jadual di bawah:
Bil. Anak | Maksimum (RM) | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 |
---|---|---|---|---|
0 | 1,000 | 500 | 150 | – |
1 – 2 | 1,500 | 500 | 300 | – |
3 – 4 | 2,000 | 500 | 500 | – |
5 dan ke atas | 2,500 | 500 | 650 | – |
Jumlah Bayaran STR Kategori Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
Golongan pertengahan ini juga layak, tapi kadar bantuan lebih rendah:
Bil. Anak | Maksimum (RM) | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 |
---|---|---|---|---|
0 | 500 | 150 | 100 | – |
1 – 2 | 750 | 150 | 200 | – |
3 – 4 | 1,000 | 250 | 250 | – |
5 dan ke atas | 1,250 | 300 | 300 | – |
Jumlah Bayaran STR Kategori Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan
Dua kumpulan ini menerima kadar yang sama tanpa mengira bilangan anak:
Kategori | Maksimum | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 |
---|---|---|---|---|
Bujang ≤ RM2,500 | 600 | 150 | 150 | – |
Warga Emas Tiada Pasangan ≤ RM5,000 | 600 | 150 | 150 | – |
Apa Berlaku Jika Permohonan Lulus Lewat?
Pemohon yang hanya lulus selepas Fasa 2, sama ada permohonan baharu atau rayuan, tidak akan menerima bayaran Fasa 1 & 2. Mereka hanya layak terima STR bermula dari Fasa 3 dan Fasa 4 sahaja.
Contoh:
- Permohonan STR diluluskan pada Mac 2025 → Layak mulai Fasa 3
- Permohonan rayuan diluluskan pada Mei 2025 → Layak hanya Fasa 4
Rujuk artikel Rayuan STR 2025 untuk faham kesan rayuan kepada bayaran anda.
Perubahan Kategori Akan Ubah Bayaran
STR adalah fleksibel ikut perubahan status keluarga. Jika anda:
- Kahwin selepas lulus sebagai bujang → Akan terima kadar isi rumah bermula Fasa 3
- Bercerai & tukar ke warga emas tiada pasangan → Akan dikira ikut kadar baru untuk Fasa 3 & 4
- Tambah anak pada kemaskini Mac → Kadar berubah Fasa 3 & 4
Contoh Senario Bayaran STR
- Isi Rumah RM2,000, 3 anak – Lulus awal:
RM500 (Fasa 1) + RM500 (Fasa 2) = RM1,000 - Bujang Lulus Rayuan Mei:
Layak Fasa 3 & 4 sahaja (Fasa 1 & 2 tak dibayar) - Isi Rumah RM4,000, 2 anak – Lulus Fasa 2:
RM150 (Fasa 1) + RM200 (Fasa 2)
Bila Bayaran Fasa 3 Akan Dibuat?
Tarikh rasmi belum diumumkan. Namun berdasarkan tahun lepas, pembayaran Fasa 3 dijangka antara bulan Julai – Ogos 2025. Rujuk artikel STR Fasa 3 2025 untuk update rasmi.
Soalan Lazim (FAQ)
- Bolehkah saya dapat bayaran penuh jika lulus rayuan?
Tidak. Hanya bayaran selepas kelulusan sahaja akan dibayar. - Bayaran STR diberi ikut anak?
Ya. Semakin ramai anak, semakin tinggi bantuan (hingga 5 anak dan ke atas). - Warga emas tiada pasangan dapat sama macam bujang?
Ya. Amaun & jadual sama, maksimum RM600 setahun.