SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAKYAT FASA 3 2025 ONLINE: CHECK STATUS & TARIKH BAYARAN OGOS
Berita baik! Bantuan Tunai Rakyat (Sumbangan Tunai Rahmah – STR) Fasa 3 2025 akan mula dikreditkan secara berperingkat bermula Ogos 2025. Hanya pemohon yang berstatus lulus akan menerima bayaran terus ke akaun bank yang didaftarkan.
Semakan status STR boleh dilakukan secara online dengan pantas dan mudah, namun pastikan anda hanya menggunakan pautan rasmi bagi mengelakkan kebocoran data peribadi kepada laman tidak sahih.
Di bawah kami sediakan panduan lengkap semakan bantuan STR Fasa 3 secara online, termasuk tarikh rasmi bayaran dan langkah semak status permohonan anda.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Syarat kelayakan permohonan bagi bantuan tunai rakyat (sumbangan tunai rahmah) seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda dan tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Catatan : Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.
TARIKH BAYARAN STR
Tarikh bayaran bantuan tunai rakyat STR Fasa 3 2025 adalah bermula akan dikemaskini kelak.
KAEDAH SEMAKAN STATUS
Kaedah semakan status permohonan boleh dibuat melalui cara berikut:
- Layari portal rasmi STR di pautan, https://bantuantunai.hasil.gov.my
- (pilih menu log Masuk MySTR>Semakan Status)
- Hubungi Hotline BKK: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang) atau;
- MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
- Kunjungi ke Pejabat LHDNM yang berhampiran.
PANDUAN SEMAKAN STATUS ONLINE
Panduan lengkap cara Semakan Status STR 2025 seperti berikut:
- Layari portal rasmi STR di pautan berikut, https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Sahkan kata kunci keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Setelah berjaya masuk, tekan pada Semakan Status. Kemudian anda boleh tekan pada:
- Klik Semakan Status
- Klik Maklumat Pembayaran – Untuk melihat jumlah bayaran yang akan anda terima serta status pengkreditan (Jika Layak).
JUMLAH BAYARAN
Kadar bantuan bagi STR Fasa 3 2025 adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 150 Anak 1-2 : RM 300 Anak 3-4 : RM 500 5 dan keatas: RM 650 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 100 Anak 1-2 : RM 200 Anak 3-4 : RM 250 5 dan keatas: RM 300 |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | Tiada bayaran diumumkan untuk fasa 3 |
Bujang RM 2500 dan kebawah | Tiada bayaran diumumkan untuk fasa 3 |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]