PERMOHONAN BARU BANTUAN STR FASA 3 2025 ONLINE: CARA MOHON & SYARAT KELAYAKAN TERKINI

PERMOHONAN BARU BANTUAN STR FASA 3 2025 ONLINE: CARA MOHON & SYARAT KELAYAKAN TERKINI

Untuk makluman rakyat Malaysia, permohonan baru Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 bagi tahun 2025 masih dibuka. Inisiatif ini bertujuan memberikan sokongan kewangan kepada golongan B40 dan M40 yang layak, sekaligus membantu meringankan beban kos sara hidup harian.

Bantuan STR akan disalurkan kepada individu atau isi rumah yang memenuhi syarat kelayakan terkini, dengan pengagihan dijalankan secara berperingkat sepanjang tahun. Jangan lepaskan peluang untuk mohon bantuan ini secara atas talian.

Bagaimanakah cara permohonan baru STR Fasa 3 2025 secara online? Ikuti panduan lengkap dan info lanjut di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

PERMOHONAN BARU BANTUAN STR

PERMOHONAN BARU BANTUAN STR

Panduan lengkap permohonan online STR 2025 seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan maklumat Permohonan.
  4. Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  6. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
  7. emudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
  8. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
    • Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
    • Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
    • Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
  9. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.

Pemakluman:

  • Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
  • Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
  • Borang STR 2025 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh diserahkan ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.
  • Penghantaran borang secara e-mel adalah tidak diterima.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Syarat kelayakan permohonan bagi Bantuan STR seperti berikut:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
    • menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak
    • mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Catatan: Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.

TARIKH PERMOHONAN DIBUKA

Untuk makluman anda, tarikh permohonan bantuan STR Fasa 3 2025 masih dibuka sehingga tarikh diumumkan kelak.

TARIKH TAMAT PERMOHONAN BARU BANTUAN STR

Untuk makluman, tarikh untuk permohonan baru STR Fasa 3 2025 akan ditutup sehingga tarikh diumumkan kelak.

Anda dinasihatkan untuk membuat permohonan baru dengan kadar segera pada tarikh permohonan yang ditetapkan.

Bagi yang belum kemaskini 3 tahun berturut-turut perlu kemaskini permohonan STR 2025 bagi melancarkan proses permohonan bantuan dan bayaran.

JUMLAH BANTUAN MENGIKUT KATEGORI

Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1000
Anak 1-2 : RM 1500
Anak 3-4 : RM 2000
5 dan keatas: RM 2500
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 500
Anak 1-2 : RM 750
Anak 3-4 : RM 1000
5 dan keatas: RM 1250
Warga emas tiada pasangan
RM 5000 dan kebawah
RM 600
Bujang
RM 2500 dan kebawah
RM 600

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
e-Mel : [email protected]

Leave a Comment