Bayaran SYUKUR Sabah Fasa 2 2025 kini menjadi tumpuan ramai penerima Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang diagihkan setiap tiga (3) bulan sebagai inisiatif kerajaan negeri untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Sabah selaras dengan agenda nasional.
Bilakah tarikh rasmi bayaran SYUKUR Sabah Fasa 2 akan dibuat dan bagaimana cara semakan status kelayakan? Ikuti maklumat lengkap di bawah untuk semakan dan info terkini.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BILA BAYAR SYUKUR SABAH FASA 2 2025
Pembayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa kedua (2) dibuat pada bulan berikut :
- Pada bulan April kepada penerima sedia ada (melalui akaun bank);
- Dalam bulan April sehingga Mei kepada penerima sedia ada (secara tunai);
- Pada bulan Mei kepada penerima baharu.
*Nota : Tarikh rasmi akan dimaklumkan kepada penerima yang layak.
BAGAIMANA CARA BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025
Cara pembayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa kedua (2) adalah sama seperti sebelum ini, iaitu melalui :
- Dikreditkan menerusi akaun bank penerima bagi penerima yang mempunyai akaun bank;
- Diberikan secara tunai kepada penerima yang tiada akaun bank atau status ‘gagal kredit’;
- Dikreditkan menerusi akaun e-Wallet YONO Superapp.
BERAPA BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025
Bantuan SYUKUR Sabah fasa kedua (2) dibayar kepada setiap penerima yang layak dengan jumlah sebanyak RM900 (sekaligus) yang mana bayaran tersebut adalah gabungan daripada bulan April RM300, Mei RM300 dan Jun RM300.
SIAPA LAYAK TERIMA SYUKUR SABAH FASA 2 2025
Berikut merupakan syarat layak terima Bantuan SYUKUR Sabah Fasa kedua (2) :
- Warganegara Malaysia
- Berusia sekurang-kurangnya 18 tahun sebelum 31 Disember 2024.
- Memegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ dan bermastautin di Sabah sekurang-kurangnya satu tahun.
- KIR yang didaftarkan sebagai miskin atau miskin tegar dalam eKasih atau PADANS setakat 31 Disember 2024.
- KIR yang belum tersenarai dalam eKasih tetapi mempunyai pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
SEMAKAN STATUS PENERIMA SYUKUR SABAH FASA 2 2025
Ikuti panduan semakan status penerima Bantuan SYUKUR Sabah Fasa kedua (2) seperti berikut :
- Pergi ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
- Klik pada butang [Semak].
- Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian SYUKUR Sabah : 088 338 338
- Talian WhatsApp : 010-582 8207
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my.