SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH SARA 2025: SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Adakah anda layak menerima Bantuan MyKasih SARA 2025? Bantuan ini membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan termasuk beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan, dan barangan persekolahan – semuanya secara tanpa tunai.

Bagaimana cara untuk membuat semakan status kelayakan bantuan MyKasih SARA? Ikuti panduan lengkap dan maklumat semasa di bawah untuk mengetahui sama ada anda layak atau tidak.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH SARA

JUMLAH PENERIMA BANTUAN MYKASIH SARA

Berikut merupakan jumlah penerima yang layak Bantuan MyKasih SARA pada setiap tahun :

TAHUN PELAKSANAANJUMLAH PENERIMA
20230.2 juta penerima
(Miskin Tegar)
20240.7 juta penerima
(Miskin dan Miskin Tegar)
20255.4 juta penerima
(Miskin, Miskin Tegar dan Asas Bukan Miskin)

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH SARA

Penerima Bantuan MyKasih SARA adalah diberikan kepada yang menepati kriteria kelayakan berikut :

  • Penerima Miskin & Miskin Tegar :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Penerima Asas Bukan Miskin :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

NILAI BANTUAN MYKASIH SARA

Bantuan MyKasih SARA disalurkan kepada penerima dengan nilai berikut :

PENERIMA MISKIN & MISKIN TEGARPENERIMA ASAS BUKAN MISKIN
ISI RUMAH :
RM2,100 setahun
ISI RUMAH :
RM900 setahun
BUJANG :
RM600 setahun
BUJANG :
Tiada
WARGA EMAS :
RM1,650 setahun
WARGA EMAS :
RM450 setahun

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH SARA

Pembayaran Bantuan Mykasih SARA adalah pada tarikh seperti berikut :

BAYARAN KEPADA PENERIMA
MISKIN & MKSKIN TEGAR
BAYARAN KEPADA PENERIMA
ASAS BUKAN MISKIN
15/01/2025 (Rabu)
01/02/2025 (Sabtu)
01/03/2025 (Sabtu)
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH SARA

Untuk semakan status kelayakan Bantuan MyKasih SARA, ikuti panduan berikut :

  1. Klik pada pautan laman web rasmi MyKasih SARA di atas.
  2. Anda akan dibawa ke halaman utama MyKasih SARA.
  3. Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Kemudian, bahagian semakan status akan dipaparkan.
  5. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan* tanpa sengkang (-).
  6. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan MyKasih SARA akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment