Angka giliran SPM 2025 merupakan maklumat penting yang diperlukan semasa semakan keputusan peperiksaan secara online, terutamanya bagi calon persendirian atau calon yang tidak dapat hadir ke sekolah. Tanpa angka giliran, calon mungkin menghadapi kesukaran untuk mengakses keputusan rasmi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Bagaimana cara untuk check angka giliran SPM 2025 secara online? Ikuti panduan lengkap semakan di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

CHECK ANGKA GILIRAN SPM
Bagi calon yang lupa angka giliran untuk semakan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh minta dengan pihak sekolah masing-masing atau bagi calon persendirian perlu :
- Hubungi pihak sekolah atau hubungi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi calon persendirian; atau
- Kunjungi Sektor Penilaian dan Peperiksaan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
TARIKH KEPUTUSAN SPM
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyatakan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikeluarkan pada 24 April 2025 (Khamis) dan setiap calon perlu mengambil slip keputusan di sekolah atau boleh mengetahui keputusan melalui semakan secara atas talian (online) sahaja.
PANDUAN LENGKAP CARA CHECK KEPUTUSAN SPM
Calon boleh mengetahui eputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui sekolah masing-masing
- Cara Semakan Melalui Pautan :
- Layari pautan laman web rasmi : myresultspm.moe.gov.my.
- Halaman semakan akan dipaparkan.
- Masukkan nombor angka giliran.
- Masukkan juga nombor kad pengenalan diri pelajar.
- Klik butang [Hantar].
- Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semakan Melalui SMS :
- Buka Mesej dalam telefon bimbit anda.
- Klik pada [Cipta Mesej Baru].
- Masukkan nombor 15888.
- Kemudian taipSPM
Nombor Kad Pengenalan Nombor Angka Giliran. - Contoh : SPM 06023011234 WY18270A
- Klik butang [Hantar].
- Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dihantar melalui SMS.
- Selesai.
TAKRIFAN GRED KEPUTUSAN SPM
Berikut merupakan takrifan gred keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) :
- A+ : Cemerlang Tertinggi.
- A : Cemerlang Tinggi.
- A- : Cemerlang.
- B+ : Kepujian Tertinggi.
- B : Kepujian Tinggi.
- B- : Kepujian Atas.
- C : Kepujian.
- D : Lulus Atas.
- E : Lulus.
- G : Gagal.
*Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM tahun 2024. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melajar kecemerlangan pada masa hadapan.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Keputusan SPM, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.moe.gov.my.