Semakan Keputusan SPM 2025: Cara Check Result Peperiksaan Online Terkini

Check Keputusan SPM 2025 Secara Online Sekarang

Keputusan rasmi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi sesi 2024/2025 kini telah diumumkan pada 24 April 2025 (Khamis) dan boleh disemak secara online. Semakan keputusan ini amat dinanti-nantikan oleh para calon dan ibu bapa untuk mengetahui pencapaian akademik terkini.

Bagaimana cara check result peperiksaan SPM secara online dengan mudah dan cepat? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk semakan keputusan anda sekarang.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

CHECK RESULT PEPERIKSAAN ONLINE

TARIKH & TEMPOH CHECK RESULT PEPERIKSAAN SPM

Calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sesi 2024/2025, boleh mendapatkan slip keputusan (result) di sekolah masing-masing bermula pada 24 April 2025 (Khamis). Namun bagi semakan keputusan (check result) secara online adalah sehingga pada 30 April 2025 (Rabu) sahaja.

CARA CHECK RESULT PEPERIKSAAN SPM

Para calon boleh mengetahui result (keputusan) peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui slip yang diberikan semasa di sekolah. Namun, bagi yang tidak berkesempatan, boleh check (semak) melalui cara berikut :

  1. Check secara online melalui Laman Web Rasmi; atau
  2. Check secara online melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

PANDUAN CHECK RESULT PEPERIKSAAN ONLINE

Ikuti kedua-dua panduan cara check result peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara online seperti berikut :

Berikut Panduan Check Result Secara Online Di Laman Web Rasmi :

  1. Sila layari pautan laman web rasmi di sini : https://myresultspm.moe.gov.my/.
  2. Halaman semakan akan dipaparkan.
  3. Masukkan nombor angka giliran.
  4. Masukkan juga nombor kad pengenalan diri pelajar.
  5. Kemudian, klik pada butang [Hantar].
  6. Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Berikut Panduan Check Result Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) :

  1. Buka Mesej dalam telefon bimbit anda.
  2. Klik pada [Cipta Mesej Baru].
  3. Masukkan nombor 15888.
  4. Kemudian taipSPM<jarak>Nombor Kad Pengenalan<jarak>Nombor Angka Giliran.
  5. Contoh : SPM 06023011234 WY18270A
  6. Klik butang [Hantar].
  7. Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dihantar melalui SMS.
  8. Selesai.

TAKRIFAN GRED RESULT PEPERIKSAAN SPM

Result (keputusan) peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dipaparkan dengan takrifan gred seperti berikut :

GREDTAKRIFAN
A+Cemerlang Tertinggi
ACemerlang Tinggi
A-Cemerlang
B+Kepujian Tertinggi
BKepujian Tinggi
B-Kepujian Atas
CKepujian
DLulus Atas
ELulus
GGagal

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sijil Pelajaran Malaysia, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.moe.gov.my.

Leave a Comment