PLKN 3.0 2025: Semakan Nama Peserta & Cara Check Senarai Online Sekarang

PLKN 3.0 2025: Cara Semak Nama Peserta Secara Online

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 kembali dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dengan objektif melatih para belia dalam aspek disiplin, kepimpinan, kemahiran insaniah dan kerjasama berpasukan. Inisiatif ini bertujuan melahirkan generasi muda yang lebih berdaya tahan, berdisiplin dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Ingin tahu bagaimana cara semak nama peserta PLKN sesi 3.0 bagi tahun 2025 secara online? Teruskan membaca untuk panduan lengkap semakan.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

PLKN CHECK

SYARAT KELAYAKAN PESERTA PLKN 2025

Kelayakan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Calon berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi);
  • Kelahiran tahun 2007;
  • Sihat dari segi Fizikal dan Mental;
  • Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini;

CARA CHECK STATUS KELAYAKAN PENYERTAAN PLKN SESI 3.0 2025

Peserta yang terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN) akan dimaklumkan melalui tiga saluran utama iaitu:

  • Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara : https://jlkn.mod.gov.my/
  • E-mel : Calon akan menerima emel permohonan melalui alamat email yang telah didaftarkan semasa pengisian borang permohonan.
  • Surat Tawaran Rasmi
SEMAKAN KEMASUKAN PLKN 3.0 2025

CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENYERTAAN PLKN SESI 3.0 2025 ONLINE

Tawaran Pelatih PLKN 3.0 boleh disemak secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Tawaran PLKN:
    https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
  2. Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan]
  4. Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”
  5. Kemudian, Klik [Semak]
  6. Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
  7. Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar:
    [Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0]

Bagi inidvidu yang disahkan layak menyertai PLKN dan ingin meneruskan pendaftaran, pelatih boleh rujukan panduan pendaftaran di sini: https://plkn.mod.gov.my/Downloads/manual-pengguna-pelatih.pdf

CHECK NAMA PESERTA PLKN TERKINI 2025 ONLINE

Nama peserta yang terlibat dengan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi siri terkini boleh disemak di https://jlkn.mod.gov.my/images/plkn/SIRI3_505_515.pdf

TARIKH DAN LOKASI KEMASUKAN PESERTA PLKN 2025

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat (tiga siri/peringkat) seperti berikut:

Pertama (SIRI 1):

  1. Tarikh: 12 Januari – 25 Februari 2025
  2. Lokasi: Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL

Kedua (SIRI 2)

  1. Tarikh: 11 Mei – 24 Jun 2025
  2. Lokasi:
    • Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL
    • Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang

Ketiga (SIRI 3)

  1. Tarikh: 7 September – 21 Oktober 2025
  2. Lokasi:
    • Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL
    • Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mod.gov.my/index.php/maklumat/plkn-3-0

Leave a Comment