Bantuan eKasih 2025 RM200: Semakan Status Kelayakan Penerima & Cara Mohon

Bantuan eKasih 2025 RM200: Semakan Status Kelayakan Penerima

eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang merekodkan maklumat lengkap mengenai golongan miskin di Malaysia, termasuk profil individu, program bantuan, serta bantuan diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR). Salah satu bantuan berkaitan adalah Bantuan SARA MyKasih sebanyak RM200 sebulan untuk rakyat berkelayakan.

Bagaimanakah cara membuat semakan status kelayakan Bantuan eKasih RM200? Ikuti panduan lengkap dan maklumat penting yang dikongsikan di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BANTUAN EKASIH 2025 200

MEDIUM BAYARAN BANTUAN EKASIH 2025

Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada golongan yang melepasi status e-Kasih adalah pada awalnya dibayar sebanyak RM100 selama tiga (3) bulan. Kemudian, kerajaan menambah sebanyak RM100 menjadikan bayaran sebanyak RM200 sebulan selama sembilan (9) bulan.

TARIKH BAYARAN BANTUAN EKASIH 2025 200

Tarikh pembayaran Bantuan e-Kasih RM200 sebulan adalah seperti berikut :

  • 15/01/2025 (Rabu) : RM100.
  • 01/02/2025 (Sabtu) : RM100.
  • 01/03/2025 (Sabtu) : RM100.
  • 01/04/2025 (Selasa) : RM200.
  • 01/05/2025 (Khamis) : RM200.
  • 01/06/2025 (Ahad) : RM200.
  • 01/07/2025 (Selasa) : RM200.
  • 01/08/2025 (Jumaat) : RM200.
  • 01/09/2025 (Isnin) : RM200.
  • 01/10/2025 (Rabu) : RM200.
  • 01/11/2025 (Sabtu) : RM200.
  • 01/12/2025 (Isnin) : RM200.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EKASIH 200

Berikut merupakan kriteria kelayakan penerima Bantuan RM200 sebulan :

  • Warganegara Malaysia;
  • Golongan isi rumah berpasangan (ada / tiada anak) / isi rumah tunggal (ada anak);
  • Pendapatan isi rumah bawah bawah garis kemiskinan nasional (PGK) semasa;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EKASIH 2025 200

Bagi individu yang telah mendaftar e-Kasih boleh mengetahui status pendaftaran seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Setelah itu, ketahui status kelayakan sebagai peenrima Bantuan MyKasih RM200 sebulan mengikut semakan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan e-Kasih (SARA), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.