JPT UPU Online 2025: Semakan Keputusan Kelayakan Permohonan & Status Terkini

Semakan keputusan UPUOnline 2025 kini dibuka untuk calon lepasan SPM yang memohon kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam melalui portal rasmi JPT. Calon yang berjaya akan menerima tawaran dan wajib membuat pengesahan dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak universiti.

Bagaimanakah cara untuk semak status keputusan JPT UPU Online 2025? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk mengetahui sama ada anda layak menerima tawaran atau tidak.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

JPT UPU ONLINE 2025

TEMPOH SEMAKAN KEPUTUSAN JPT UPU ONLINE 2025

Pautan untuk semakan keputusan bagi lepasan SPM selama HANYA akan dibuka dalam tempoh 10 hari sahaja seperti berikut:

TARIKH PAUTAN SEMAKAN ONLINE
DIBUKA
TARIKH PAUTAN SEMAKAN ONLINE
DITUTUP
16 Jun 2025 (Isnin)
bermula 12:00 tengah hari
25 Jun 2025 (Rabu)
sehingga 5:00 petang

Untuk makluman, pautan bagi semakan keputusan UPUOnline bagi pelajar lepasan SPM HANYA akan dibuka dalam tempoh 10 hari sahaja.

SENARAI PAUTAN RASMI SEMAKAN JPT UPU ONLINE 2025

Pautan untuk semakan status keputusan UPU di JPT UPU adalah seperti berikut:

SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN JPT UPU ONLINE 2025

Status keputusan sama ada ‘layak’ atau ‘tidak’ tawaran UPU seperti berikut :

  1. Pilih salah satu (1) pautan semakan di atas.
    Contohnya : UTM : https://jpt.utm.my/
  2. Bahagian semakan keputusan akan dipaparkan.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan mengikut format yang diperlukan.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Masuk].
  5. Keputusan ‘Permohonan Kemasukan Ke Universiti Awam (UA)’ akan dipaparkan sama ada berjaya atau tidak.
  6. Selesai.

PENGESAHAN KEPUTUSAN TAWARAN JPT UPU 2025

Calon yang berjaya bagi tawaran kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti atau Institusi di bawah MARA bagi sesi akademik 2025/2026, perlu membuat pengesahan dengan menekan pilihan ‘Setuju Terima Tawaran’ dalam sistem UPU.

Pengesahan ini mesti dilakukan sebelum 25 Jun 2025 (Rabu) jam 5.00 petang.

Calon yang tidak membuat pengesahan dalam tempoh yang ditetapkan akan dianggap menolak tawaran tersebut, dan keputusan berkenaan adalah muktamad serta tidak boleh dirayu.

Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh pihak institusi berkaitan (IPTA atau MARA) bermula 17 Jun 2025, selepas calon membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh yang telah ditetapkan.

PERMOHONAN RAYUAN UPU 2025

Permohonan rayuan bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik kini dibuka melalui UPUOnline bagi calon lepasan SPM yang tidak berjaya atau hanya ditawarkan pengajian di peringkat sijil. Calon boleh mengemukakan rayuan melalui pautan rasmi di https://upu.mohe.gov.my

Bagi permohonan rayuan ke Kolej Komuniti dan institusi di bawah MARA (BPT), calon perlu mengemukakan permohonan terus kepada institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

Tempoh permohonan rayuan adalah selama 10 hari sahaja, bermula pada 16 Jun 2025 jam 12.00 tengah hari sehingga 25 Jun 2025 jam 5.00 petang. Pastikan permohonan dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan UPU, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://upu.mohe.gov.my

Leave a Comment