KEPUTUSAN MATRIK 2025: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & TAWARAN KEMASUKAN ONLINE

Keputusan Matrikulasi 2025 kini boleh disemak secara online! Permohonan kemasukan ke Kolej Matrikulasi bagi lepasan SPM dalam bidang sains, teknologi, dan profesional telah dibuka untuk semakan status kelayakan dan tawaran rasmi.

Ingin tahu sama ada anda layak ke Matrikulasi sesi 2025 atau tidak? Teruskan membaca untuk panduan semakan penuh dan pautan rasmi yang disediakan.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

KEPUTUSAN MATRIK 2025

TARIKH KEPUTUSAN MATRIK 2025

Keputusan permohonan kemasukan ke Kolej Matrikulasi untuk pengajian bagi sesi 2025/2026 boleh mula disemak seperti berikut:

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSANWAKTU
21 Mei 2025
(Rabu)
10.00 pagi

SYARAT KELAYAKAN SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN MATRIK 2025

Syarat kelayakan permohonan Matrikulasi adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Merupakan calon lepasan SPM semasa;
  • Berusia tidak melebihi 20 tahun semasa permohonan;

Setiap jurusan pengajian Kolej Matrikulasi ditetapkan dengan syarat kelayakan yang berbeza, untuk mengetahui syarat kelayakan setiap jurusan dengan lanjut, sila semak pada pautan di sini : https://www.moe.gov.my/storage/files/shares/Bahagian%20dan%20Unit/Bahagian%20Matrikulasi/Program%20Matrikulasi%2013022025.pdf

PANDUAN LENGKAP SEMAKAN KEPUTUSAN MATRIK 2025

Status keputusan kemasukan matrikulasi 2025 boleh disemak secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Matrikulasi di : https://matrikulasi.moe.gov.my/system/index.cfm
  2. Bahagian utama halaman akan dipaparkan.
  3. Klik pada tiga (3) garis di sebelah kanan atas.
  4. Kemudian, pilih menu semakan.
  5. Klik pada [Semakan Keputusan Calon Jaya].
  6. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan serta kata laluan yang sah.
  7. Klik pada butang [Masuk].
  8. Status keputusan akan dipaparkan.
  9. Selesai.

ELAUN SARA HIDUP PELAJAR MATRIK 2025

Setiap pelajar yang daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) iaitu bawah RM10,000, layak untuk menerima Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP) yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun pelajar sebanyak RM1,250 bagi setiap semester.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Matrikulasi, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/matrikulasi?fbclid=IwAR0vmlP1WBXHIYk2YOhdol9KHSlwSmcAX-tQQqKVoApep_wR-3oQwomdlcM

Leave a Comment