KEPUTUSAN MATRIKULASI LOGIN 2025: SEMAK STATUS KELAYAKAN & TAWARAN KEMASUKAN SEKARANG

Keputusan Matrikulasi 2025 boleh disemak sekarang melalui login rasmi! Calon lepasan SPM yang memohon kemasukan ke Program Prauniversiti di Kolej Matrikulasi dalam bidang sains, teknologi, dan profesional kini boleh login untuk menyemak status kelayakan dan tawaran kemasukan ke institusi tersebut.

Tidak pasti bagaimana cara login dan semak keputusan Matrikulasi 2025? Teruskan membaca panduan lengkap serta pautan rasmi semakan di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

KEPUTUSAN MATRIKULASI LOGIN

TARIKH KEPUTUSAN MATRIKULASI 2025 DIKELUARKAN

Keputusan permohonan kemasukan ke Kolej Matrikulasi untuk pengajian bagi sesi 2025/2026 boleh mula disemak seperti berikut:

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSANWAKTU
21 Mei 2025
(Rabu)
10.00 pagi

SYARAT KELAYAKAN KEPUTUSAN MATRIKULASI

Syarat kelayakan permohonan Matrikulasi adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Merupakan calon lepasan SPM semasa;
  • Berusia tidak melebihi 20 tahun semasa permohonan;

Setiap jurusan pengajian Kolej Matrikulasi ditetapkan dengan syarat kelayakan yang berbeza, untuk mengetahui syarat kelayakan setiap jurusan dengan lanjut, sila semak pada pautan ini: https://www.moe.gov.my/storage/files/shares/Bahagian%20dan%20Unit/Bahagian%20Matrikulasi/Program%20Matrikulasi%2013022025.pdf

KELEBIHAN KEMASUKAN KE MATRIKULASI 2025

Berikut merupakan kelebihan mengikuti pembelajaran Matrikulasi :
Kelebihan :

  • Memperoleh elaun daripada kerajaan;
  • Persediaan kemasukan university – dapat membiaskan diri dalam suasana dan persekitaran universiti;
  • Tempoh pembelajaran yang singkat;
  • Memperoleh penerapan soft skill.

SENARAI JURUSAN MATRIKULASI 2025

Berikut merupakan senarai jurusan yang ditawarkan dalam pengajian di Kolej Matrikulasi :

  • Jurusan Sains;
  • Jurusan Kejuruteraan;
  • Jurusan Perakaunan & Perakaunan Profesional;
  • Jurusan Sains Komputer

LOGIN DAN SEMAK KEPUTUSAN MATRIKULASI 2025

Status keputusan kemasukan matrikulasi 2025 boleh disemak secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Matrikulasi di : https://matrikulasi.moe.gov.my/system/index.cfm
  2. Bahagian utama halaman akan dipaparkan.
  3. Klik pada tiga (3) garis di sebelah kanan atas.
  4. Kemudian, pilih menu semakan.
  5. Klik pada [Semakan Keputusan Calon Jaya].
  6. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan serta kata laluan yang sah.
  7. Klik pada butang [Masuk].
  8. Status keputusan akan dipaparkan.
  9. Selesai.

KADAR BAYARAN YURAN KEMASUKAN MATRIKULASI 2025

Perincian kadar bayaran yuran bagi kemasukan pengajian Matrikulasi 2025 seperti berikut:

JENIS JURUSANYURAN PENGAJIAN
DUA SEMESTER
YURAN PENGAJIAN
EMPAT SEMESTER
SainsRM599Semester I : RM599
Semester II : RM284
KejuruteraanRM599
PerakaunanRM546
Perakaunan Profesional
(JPPro)**
RM546

Bayaran tambahan RM0.60 dikenakan oleh pihak Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bayaran tambahan untuk JPPro : Semester I RM600.00 (untuk pembelian buku) dan Semester II bagi setiap kertas ACCA akan ditanggung oleh pelajar mengikut kadar semasa.

BANTUAN SARA HIDUP PELAJAR MATRIKULASI 2025

Setiap pelajar yang daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) iaitu bawah RM10,000, layak untuk menerima Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP) yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun pelajar sebanyak RM1,250 bagi setiap semester.

SENARAI RUJUKAN MATRIKULASI 2025

Berikut merupakan senarai rujukan Kolej Matrikulasi lengkap nombor telefon beserta alamat e-mel bagi seluruh Malaysia :

NEGERITALIAN RUJUKAN
Melaka06-3832000 / [email protected] (https://www.kmm.matrik.edu.my/kmm/)
Negeri Sembilan06-4841825 / [email protected] (http://www.kmns.matrik.edu.my)
Pulau Pinang04-5756090 / [email protected] (http://www.kmpp.matrik.edu.my)
Perlis04-9868613 / [email protected] (http://www.kmp.matrik.edu.my/v4/)
Labuan087-465311 / [email protected] (http://www.kml.matrik.edu.my)
Johor06-9781613 / [email protected] (http://www.kmj.matrik.edu.my)
Perak05- 3594449 / [email protected] (http://www.kmpk.matrik.edu.my)
Kedah04-9286100 / [email protected] (http://www.kmk.matrik.edu.my)
Pahang09-5495000 / [email protected] (https://www.kmph.matrik.edu.my)
Selangor03-31201410 / [email protected] (http://www.kms.matrik.edu.my/kms/)
Kelantan09-7808000 / [email protected] (http://www.kmkt.matrik.edu.my)
Sarawak082-439100 / [email protected] (http://www.kmsw.matrik.edu.my/kmsw2/index.php)

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Matrikulasi, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/matrikulasi?fbclid=IwAR0vmlP1WBXHIYk2YOhdol9KHSlwSmcAX-tQQqKVoApep_wR-3oQwomdlcM

Leave a Comment