MyKasih STR 2025: Semakan Status Kelayakan Penerima Bantuan RM13 Billion Madani

MyKasih STR 2025: Semak Status Kelayakan Penerima Bantuan Kerajaan Madani RM13 Billion
Pada tahun 2025, Kerajaan MADANI memperuntukkan sebanyak RM13 billion untuk penyaluran Bantuan Kewangan STR kepada rakyat melalui program MyKasih dan STR. Peruntukan ini merupakan hasil penjimatan daripada penyasaran semula subsidi untuk memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar layak.

Bagaimanakah cara semakan status penerima MyKasih STR 2025? Ikuti panduan lengkap dan maklumat terkini di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

MYKASIH STR 2025

APA ITU MYKASIH STR 2025

Bantuan MyKasih atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah merupakan sebuah bantuan tambahan yang khas kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak bagi membantu memenuhi keperluan asas rakyat setiap bulan.

KAEDAH PENYALURAN MYKASIH STR 2025

Penyaluran Bantuan MyKasih adalah secara tanpa tunai melalui kad pengenalan (KP) penerima pada setiap bulan dan ianya tidak sama seperti penyaluran Bantuan STR yang disalurkan secara tunai berperingkat mengikut fasa-fasa yang ditetapkan.

KADAR PENYALURAN MYKASIH STR 2025

Kadar Bantuan MyKasih ditetapkan berdasarkan kelayakan penerima seperti berikut :

  • Penerima STR Daftar e-Kasih :
    • Isi Rumah akan menerima RM100/RM200 setiap bulan sehingga RM2,100 setahun;
    • Warga Emas akan menerima RM100/RM150 setiap bulan sehingga RM1,650 setahun;
    • Bujang akan menerima RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun.
  • Penerima STR Bukan e-Kasih :
    • Isi Rumah akan menerima RM100 setiap bulan sehingga RM900 setahun;
    • Warga Emas akan menerima RM50 setiap bulan sehingga RM450 setahun.

TARIKH PENYALURAN MYKASIH STR 2025

Tempoh serta tarikh penyaluran Bantuan MyKasih adalah berbeza bagi penerima STR yang berdaftar dengan e-Kasih dan bukan e-Kasih seperti berikut :

  • Penerima STR Daftar e-Kasih :
    • Disalurkan selama tempoh 12 bulan pada tarikh berikut :
      • 15/01/2025 (Rabu)
      • 01/02/2025 (Sabtu)
      • 01/03/2025 (Sabtu)
      • 01/04/2025 (Selasa)
      • 01/05/2025 (Khamis)
      • 01/06/2025 (Ahad)
      • 01/07/2025 (Selasa)
      • 01/08/2025 (Jumaat)
      • 01/09/2025 (Isnin)
      • 01/10/2025 (Rabu)
      • 01/11/2025 (Sabtu)
      • 01/12/2025 (Isnin)
  • Penerima STR Bukan e-Kasih :
    • Disalurkan selama tempoh 9 bulan pada tarikh berikut :
      • 01/04/2025 (Selasa)
      • 01/05/2025 (Khamis)
      • 01/06/2025 (Ahad)
      • 01/07/2025 (Selasa)
      • 01/08/2025 (Jumaat)
      • 01/09/2025 (Isnin)
      • 01/10/2025 (Rabu)
      • 01/11/2025 (Sabtu)
      • 01/12/2025 (Isnin)

SEMAKAN STATUS MYKASIH STR 2025

Status kelayakan penerima boleh disemak melalui dua (2) portal rasmi, iaitu :

  1. Portal Rasmi MyKasih; atau
  2. Portal Rasmi STR.

Ikuti panduan semakan status di kedua-dua portal berikut :

  • Panduan Semakan Status Di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
    4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
    5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
    6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan] untuk ke halaman utama portal rasmi STR.

  • Panduan Semakan Status Di Portal Rasmi STR :
    1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
    2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
    3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
    4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
    5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
    6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
    7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
    8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
    10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
    11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment