Semakan Keputusan Matrikulasi 2025/2026: Cara Check Status Kelayakan Online Sekarang

Keputusan Matrikulasi 2025/2026 Kini Boleh Disemak Secara Online

Calon yang memohon kemasukan ke Kolej Matrikulasi bagi sesi akademik 2025/2026 kini boleh membuat semakan keputusan Matrikulasi secara online untuk mengetahui sama ada permohonan mereka layak atau tidak. Keputusan ini hanya boleh disemak melalui portal rasmi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan calon yang berjaya perlu mengikuti pengajian di kolej yang ditetapkan di seluruh negeri.

Bagaimana cara semak keputusan Matrikulasi? Rujuk panduan lengkap di bawah untuk langkah-langkah semakan dan maklumat penting berkaitan.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

KEPUTUSAN MATRIKULASI 2025

PENGENALAN MATRIKULASI 2025

Program-program pengajian yang ditawarkan di bawah Kolej Matrikulasi adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera yang berkualiti melalui pendidikan prauniversiti supaya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi dalam mahupun luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN MATRIKULASI 2025

Kini keputusan tawaran kemasukan ke Kolej Matrikulasi bagi pengajian sesi 2025 / 2026, boleh disemak bermula pada tarikh berikut :

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSANWAKTU MULA
21 Mei 2025 (Rabu)10.00 pagi

SENARAI JURUSAN MATRIKULASI 2025

Calon yang ditawarkan ke Matrikulasi boleh mengikuti jurusan-jurusan berikut :

BIL.JENIS JURUSAN
1.Jurusan Sains
2.Jurusan Kejuruteraan
3.Jurusan Perakaunan
4.Jurusan Perakaunan Profesional
5.Jurusan Sains Komputer

KELEBIHAN MATRIKULASI 2025

Berikut merupakan kelebihan mengikuti pembelajaran Matrikulasi :

  • Kelebihan :
    • Memperoleh elaun daripada kerajaan;
    • Dapat membiaskan diri dalam suasan dan persekitaran universiti;
    • Tempoh pembelajaran yang singkat;
    • Memperoleh penerpaan soft skill.

Berikut pula merupakan risiko :

  • Risiko :
    • Proses pembelajaran yang pantas serta silibus pembelajaran yang padat;
    • Sijil Matrikulasi hanya dapat digunakan untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sahaja;
    • Wajib mengambil peperiksaan MUET;
    • Persaingan daripada Pelajar Asasi dan STPM.

SEMAKAN KEPUTUSAN MATRIKULASI 2025

Semakan keputusan tawaran Kolej Matrikulasi bagi pengajian sesi 2025 / 2026 boleh disemak seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi Kolej Matrikulasi di sini : https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/index.cfm.
  2. Bahagian semakan keputusan tawaran Matrikulasi akan dipaparkan.
  3. Isikan ruangan yang disediakan dengan betul.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  5. Keputusan tawaran pengajian Kolej Matrikulasi akan dipaparkan.
  6. Selesai.

KADAR YURAN MATRIKULASI 2025

Perincian yuran bagi pendaftaran Kolej Matrikulasi adalah seperti berikut :

JENIS JURUSANYURAN PENGAJIAN
DUA SEMESTER
YURAN PENGAJIAN
EMPAT SEMESTER
SainsRM599.00Semester I : RM599.00
Semester II : RM284.00
KejuruteraanRM599.00
PerakaunanRM546.00
Perakaunan Profesional
(JPPro)**
RM546.00

*Nota : Bayaran tambahan RM0.60 dikenakan oleh pihak Bank Simpanan Nasional (BSN).

**Bayaran tambahan untuk JPPro : Semester I RM600.00 (untuk pembelian buku) dan Semester II bagi setiap kertas ACCA akan ditanggung oleh pelajar mengikut kadar semasa.

BANTUAN KEWANGAN PELAJAR MATRIKULASI

Untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan M40 dengan had pendapatan isi rumah sebanyak RM10,000 ke bawah akan diberikan bantuan kewangan untuk sara hidup pelajar iaitu sebanyak RM1,250 bagi setiap semester.

Setiap pelajar yang layak terima Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP) akan menerima bantuan dalam tempoh 43 hari selepas kolej menerima dokumen yang lengkap dan bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun pelajar.

SENARAI RUJUKAN MATRIKULASI SELURUH NEGARA 2025

Berikut merupakan senarai rujukan Kolej Matrikulasi lengkap nombor telefon beserta alamat e-mel bagi seluruh Malaysia :

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Matrikulasi, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/matrikulasi?fbclid=IwAR0vmlP1WBXHIYk2YOhdol9KHSlwSmcAX-tQQqKVoApep_wR-3oQwomdlcM.

Leave a Comment