SEMAKAN MATRIK 2025: CHECK STATUS KEPUTUSAN PERMOHONAN & KELAYAKAN SEKARANG

Semakan Matrikulasi 2025 kini dibuka secara rasmi! Pengajian di Kolej Matrikulasi bukan sahaja menekankan kecemerlangan akademik, tetapi juga membangunkan kemahiran insaniah dan memberi peluang kepada pelajar untuk menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum serta pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Ingin tahu sama ada permohonan anda berjaya dan layak ke Matrikulasi sesi 2025? Teruskan membaca panduan semakan keputusan dan info lengkap di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SEMAKAN MATRIK

PENGENALAN MATRIK

Matrik atau rasminya Kolej Matrikulasi adalah sebuah pusat pengajian prauniversiti sebagai persediaan pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di universiti awam (UA) dalam bidang sains, teknologi dan profesiona.

TARIKH SEMAKAN MATRIK

Calon boleh mula membuat semakan keputusan permohonan bermula pada tarikh berikut :

TARIKH SEMAKAN DIBUKAWAKTU MULA
21 MEI 2025, RABU10.00 Pagi

ALIRAN JURUSAN MATRIK

Berikut merupakan aliran jurusan yang ditawarkan dalam pengajian Matrik :

  • Jurusan Sains;
  • Jurusan Kejuruteraan;
  • Jurusan Perakaunan & Perakaunan Profesional;
  • Jurusan Sains Komputer.

KADAR YURAN MATRIK

Setiap jurusan telah ditetapkan yuran pendaftaran yang berbeza seperti berikut :

  • Sains : 1 tahun (dua semester) : RM599;
  • 2 tahun (empat semeter) : Semester I : RM599 dan Semester II : RM284.
  • Kejuruteraan : 1 tahun (dua semester) : RM599.
  • Perakaunan : 1 tahun (dua semester) : RM546.
  • Perakaunan Profesional (JPPro)** : 1 tahun (dua semester) : RM546.
    • Bayaran tambahan : Semester I RM600.00 (untuk pembelian buku) dan Semester II bagi setiap kertas ACCA akan ditanggung oleh pelajar mengikut kadar semasa.

*Nota : Bayaran tambahan RM0.60 dikenakan oleh pihak Bank Simpanan Nasional (BSN).

SEMAKAN MATRIK

Ikuti cara semakan keputusan permohonan seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi Matrikulasi di sini : https://matrikulasi.moe.gov.my/system/index.cfm.
  2. Bahagian utama halaman akan dipaparkan.
  3. Klik pada tiga (3) garis di sebelah kanan atas.
  4. Kemudian, pilih menu semakan.
  5. Klik pada [Semakan Keputusan Calon Jaya].
  6. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan serta kata laluan yang sah.
  7. Klik pada butang [Masuk].
  8. Status keputusan akan dipaparkan.
  9. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Matrikulasi, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.moe.gov.my/storage/files/shares/Bahagian%20dan%20Unit/Bahagian%20Matrikulasi/Soalan%20Lazim%20Program%20Matrikulasi%20-%20Kemaskini%20Mei%202025.pdf.

Leave a Comment