Bantuan MyKad 2025: Semakan Status Kelayakan Penerima SARA & MyKasih Sekarang

Siapa Layak Terima Bantuan MyKad 2025? Semak Kelayakan Anda Sekarang

Bantuan melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 akan dikreditkan secara bulanan ke dalam MyKad penerima yang layak untuk digunakan bagi pembelian barangan asas terpilih di bawah sistem MyKasih. Jumlah dan kelayakan bantuan ini ditentukan berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan.

Nak tahu siapa yang layak dan bagaimana cara semakan bantuan MyKad 2025? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk menyemak status kelayakan anda sekarang.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SIAPA LAYAK BANTUAN MYKAD 2025

SIAPA LAYAK BANTUAN MYKAD 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

AMAUN BULANAN BANTUAN MYKAD 2025 YANG LAYAK

Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan seperti berikut:

PENERIMA
BERSTATUS EKASIH
PENERIMA
BUKAN EKASIH
Isi Rumah
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Isi Rumah
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM50/bulan (bermula April – Disember)
Bujang
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)

MANFAAT BANTUAN MYKAD

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan menerima elaun bulanan sebanyak RM200 / RM150 / RM100 / RM50 pada setiap bulan melalui MyKad (IC) untuk membeli 14 Kategori produk barangan keperluan asas yang diluluskan di pasaraya / kedai yang terpilih dengan pembayaran menggunakan kredit SARA melaui MyKad (IC).

13 KATEGORI BARANGAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH

SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN MYKAD SECARA ONLINE

Status Bantuan MyKasih boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status]
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad]
  4. Kemudian, Klik [Semak Status]
  5. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  6. Selesai.

Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status]
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul
  5. Klik [Semakan Status]
  6. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  7. Selesai

CARA GUNA BANTUAN MYKAD UNTUK BELI BARANG ASAS

Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membolehkan penerima membuat pembelian barang asas menggunakan MyKad seperti berikut:

  • Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label SARA MyKasih di rak tanda harga.
  • Juruwang mengimbas kod setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  • Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima SARA MyKasih hendaklah memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian dan membuat pembayaran menggunakan MyKad.
  • Simpan Resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment