KEMASKINI BANTUAN STR BUJANG 2025 ONLINE: SEMAKAN PERMOHONAN & STATUS KELAYAKAN TERKINI
Untuk makluman, bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bukan sahaja terbuka kepada kategori isi rumah, tetapi juga khas untuk kategori bujang. Kadar bayaran berbeza mengikut jumlah pendapatan pemohon, dan bantuan akan disalurkan kepada mereka yang berstatus permohonan lulus.
Fasa 3 STR 2025 kini telah dibuka, dan tarikh rasmi pengagihan akan diumumkan oleh kerajaan tidak lama lagi. Oleh itu, pemohon disarankan untuk segera kemaskini maklumat STR secara online sekiranya terdapat perubahan data, bagi memastikan proses pembayaran bantuan berjalan lancar.
CARA KEMASKINI BANTUAN STR BUJANG
Panduan lengkap kemaskini STR 2025 seperti berikut:
- Layari portal rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Tekan butang Log Masuk untuk membuat Kemaskini Permohonan.
- Masukkan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Klik butang kemaskini setelah berjaya log masuk MySTR.
- Lengkapkan maklumat pemohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] ruangan berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Tekan YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
- Klik KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
SYARAT DAN KATEGORI KELAYAKAN STR BUJANG
Status kelayakan permohonan bagi Bantuan STR Bujang seperti berikut:
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan Bujang adalah RM2, 500 dan ke bawah.
Catatan : Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.
TARIKH BUKA KEMASKINI BANTUAN STR BUJANG
Kemaskini maklumat permohonan bantuan STR 2025 boleh dilakukan bermula 19 Oktober 2024, dan sepanjang tahun 2025.
JUMLAH BAYARAN
Kadar bantuan yang diberikan bagi kategori bujang adalah seperti berikut:
- Bujang berpendapatan RM 2,500 dan kebawah akan menerima kadar bantuan sebanyak RM 600 bagi tahun 2025, di mana hanya penerima yang berstatus lulus yang menerima bantuan ini.
PEMBAYARAN BANTUAN STR 2025
Kaedah pembayaran STR bagi penerima bantuan yang berstatus lulus adalah seperti berikut:
- Pengkreditan ke akaun bank penerima: Bantuan tunai akan disalurkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan.
- Mengunjungi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN): Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank atau status pengkreditan gagal kredit bayaran boleh diambil di cawangan BSN secara tunai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]