SEMAKAN BANTUAN STR BUJANG FASA 3 2025 ONLINE: CHECK STATUS PERMOHONAN & TARIKH BAYARAN
Kerajaan telah mengumumkan berita baik untuk rakyat Malaysia melalui pelaksanaan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, termasuk untuk kategori bujang. Bantuan ini diberikan mengikut kategori kelayakan dan akan diagihkan secara berperingkat selepas permohonan diluluskan.
Bagi Fasa 1 dan Fasa 2, pembayaran telah disalurkan kepada penerima yang layak. Kini, STR Fasa 3 dijangka akan mula diagihkan pada Ogos 2025. Pemohon dinasihatkan untuk membuat semakan status permohonan mereka secara online bagi memastikan kelayakan.
BANTUAN STR BUJANG
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menawarkan bantuan untuk beberapa golongan termasuk golongan bujang. Golongan ini perlu menepati syarat untuk melayakkan mereka memohon bantuan bagi golongan ini.
Syarat kelayakan STR Bujang seperti di bawah:
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat.
- Had umur adalah 21-59 tahun.
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
WANG STR BUJANG
Pemohon yang berstatus bujang dan berpendapatan kurang daripada RM 2,500 akan mendapat jumlah bayaran bantuan tunai ini sebanyak RM 600.
Pada Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran dibuat sebanyak RM 150 setiap fasa. Namun begitu, bayaran untuk Fasa 3 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
SEMAK BANTUAN STR BUJANG
Status bantuan STR Bujang boleh disemak secara online seperti di bawah:
- Layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, tekan butang [Semak] dan sahkan kod keselamatan.
- Masukkan kata laluan yang tepat dan tekan [Log Masuk].
- Tekan pada ruangan [Semakan Permohonan].
- Pemohon perlu mengesahkan maklumat yang dipaparkan adalah benar.
- Periksa status permohonan dan maklumat pembayaran sekiranya lulus.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang masalah atau maklumat lanjut mengenai STR Fasa 3 2025, boleh rujuk pihak bertanggungjawab di:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel Rasmi : [email protected]