PROGRAM bantuan tunai kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dan akan terus ditambah baik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinannya menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutama golongan rentan dan mudah terjejas.
Selaras dengan itu, kata beliau, kerajaan telah memperkenalkan konsep ‘Payung Rahmah’ sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda tentang langkah mudah Login STR 2025.

BACA JUGA : Kemaskini STR 2025 Online
Pengenalan Akaun MySTR

Sekiranya anda memenuhi syarat untuk mendapat bantuan STR, anda dikehendaki untuk mendaftarkan akaun anda di laman MySTR untuk memastikan anda memperoleh segala manfaat di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini.


Untuk mendaftarkan akaun anda, ikuti langkah-langkah di bawah:
- Layari portal MySTR di alamat https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik pada butang “Permohonan Baharu STR”
- Lengkapkan segala butiran maklumat diri
- Lengkapkan setiap langkah yang diminta sehingga selesai
Log Masuk Akaun MySTR
Setelah anda menyelesaikan proses pendaftaran di atas, anda boleh login ke dalam akaun anda dengan cara berikut:
- Masukkan nombor kad pengenalan anda di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Log Masuk
- Kemudian, klik butang Semak
Sekiranya anda telah memohon STR, status permohonan anda akan dipaparkan.
Kadar Bantuan Keseluruhan
Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ditingkatkan kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelum ini yang bakal memanfaatkan sembilan juta penerima atau 60 peratus penduduk dewasa negara.



Menurut Belanjawan 2025 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, berikut adalah jumlah bantuan STR 2025:
- Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
- RM2,500 : 5 Anak Atau Lebih
- RM2,000 : 3 – 4 Anak
- RM1,500 : 1 – 2 Anak
- RM1,000 : Tiada Anak
- Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000
- RM1,250 : 5 Anak Atau Lebih
- RM1,000 : 3 – 4 Anak
- RM750 : 1 – 2 Anak
- RM500 : Tiada Anak
- Warga Emas Bujang
- RM600
- Bujang (Pendapatan durang daripada RM2,500)
- RM600
Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan
pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2025 seperti berikut:
Trending sekarang


Cara Semakan Status MySTR
Semakan status STR boleh dibuat melalui pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah untuk semakan STR:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran
- Masukkan kata laluan
Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.


Untuk mengetahui sama ada wang anda telah dikreditkan, sila klik di butang MAKLUMAT BAYARAN.
Anda akan mendapati paparan seperti berikut:

Sila rujuk STATUS KREDIT. Jika dinyatakan DALAM PROSES PENGKREDITAN, bermaksud bayaran sedang dalam proses dikreditkan dalam akaun bank anda.
Jika dinyatakan BERJAYA KREDIT, bermaksud bayaran telah selesai dikreditkan dalam akaun bank anda.
Maklumat Terkini Pemberian STR
Portal MySTR berfungsi sebagai medium rasmi segala maklumat terkini bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sekaligus mengurangkan kebarangkalian rakyat Malaysia mendapat maklumat tidak sahih mengenai program ini.
Ini membaca maklumat terkini mengenai program bantuan STR, pastikan anda mengklik tab Maklumat Terkini seperti gambar di bawah.

Hebahan Infografik

Menariknya, portal MySTR ini juga menyedian hebahan infografik rasmi mengenai STR.
Trending sekarang
Sebagai pengguna, anda boleh memuat turun dan berkongsi mana-mana infografik rasmi mengenai STR ini kepada ahli keluarga, rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang layak menerima STT ini.
Pemberian infografik ini secara tidak langsung dapat mengelakkan penularan maklumat tidak sahih yang ditularkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Notis Amaran STR

MySTR berfungsi sebagai medium rasmi untuk segala perkara berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Kewujudan portal ini secara tidak langsung berperanan mengelakkan rakyat Malaysia daripada menjadi aktiviti scammer.
Malah, diportal ini turut dimuatkan dengan Notis Amaran agar tiada lagi penerima STR menjadi mangsa sindiket scammer yang mengambil kesempatan ini.
SOALAN LAZIM :
SOALAN_LAZIM_(FAQ)_MYSTR_2025Download
Artikel berkaitan: Lupa Kata Laluan STR 2025, Ini Cara Dapatkan Semula Password
Maklumat lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai STR 2025 atau portal MySTR, sila hubngi pegawai yang bertugas di:
- Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel: [email protected]
- Laman Web: https://bantuantunai.hasil.gov.my