KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PERTANIAN SUBSIDI TELUR AYAM MALAYSIA (30 APRIL 2025)
Selaras dengan penyasaran semula subsidi Kerajaan MADANI, subsidi telur ayam dikurangkan daripada RM0.10 kepada RM0.05 sebiji, berkuat kuasa 1 Mei 2025. Subsidi akan ditamatkan sepenuhnya pada 1 Ogos 2025, sekali gus menandakan perubahan besar dalam dasar kawalan harga telur Malaysia.
Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira kestabilan harga telur dan jaminan bekalan oleh pihak industri, terutamanya ketika musim perayaan Aidilfitri yang lalu. Kerajaan yakin langkah ini tidak akan menjejaskan akses pengguna kepada telur ayam pada harga berpatutan.
Perkembangan ini juga berkait rapat dengan pelbagai inisiatif semasa termasuk MySalam 2025 dan penyasaran semula bantuan secara menyeluruh.
di mana ketersediaan bekalan adalah mencukupi dengan harga yang kompetitif.

Sejak Februari 2022 hingga Disember 2024, Kerajaan telah membelanjakan hampir RM2.5 bilion untuk pembayaran subsidi telur ayam kepada pihak industri bagi menampung peningkatan kos pengeluaran berikutan pandemik COVID-19 serta kesan peperangan antara Ukraine dan Russia ke atas harga import soya dan jagung bijian. Kerajaan juga telah mengambil kira tempoh kawalan harga dan pemberian subsidi yang terlalu lama ialah sesuatu yang tidak mampan kepada kelangsungan industri pengeluar telur tempatan serta kewangan negara.
Trending sekarang
Selain itu, langkah penyasaran semula subsidi adalah lebih adil memandangkan ketika ini, subsidi turut dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi. Hasil penjimatan daripada peruntukan tersebut kelak boleh digunakan untuk pembiayaan projek-projek tertentu untuk kesejahteraan rakyat selaras dengan nilai-nilai MADANI.

Bagi meminimumkan impak ke atas kos sara hidup, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan langkah-langkah intervensi berikut:
- i) Pihak industri telah bersetuju untuk memperkenalkan telur gred khas pada harga yang munasabah.
- ii) Rakyat boleh mendapatkan bekalan telur pada harga yang lebih kompetitif melalui inisiatif Jualan Agro MADANI dan Jualan Rahmah di seluruh negara termasuk di semua outlet Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).
- iii) KPDN akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan melalui pemantauan berterusan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011) bagi membanteras sebarang aktiviti pencatutan atau manipulasi harga oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.
Rakyat boleh menyalurkan sebarang maklumat atau aduan berhubung isu bekalan telur melalui e-mel rasmi KPKM di alamat [email protected] atau melalui hotline Ibu Pejabat KPKM Putrajaya 03-8000 8000.


Dikeluarkan oleh: KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN