Semakan Bantuan Barangan Dapur MyKasih 2025: Status Kelayakan Penerima Layak atau Tidak

Melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025, penerima yang layak boleh membeli barangan dapur dan keperluan asas di pasar raya terpilih menggunakan MyKad, tanpa memerlukan tunai. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup bagi golongan B40 dan miskin tegar.

Ingin semak sama ada anda layak menerima bantuan barangan dapur MyKasih 2025? Rujuk panduan semakan status kelayakan dan info penting di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BANTUAN BARANG DAPUR MYKASIH 2025

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BARANG DAPUR MYKASIH 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Penerima Sedia Ada;
    • Berstatus Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data e-Kasih;
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
  2. Penerima Baharu
    • Bukan penerima eKasih;
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025

Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan seperti berikut:

PENERIMA
BERSTATUS EKASIH
PENERIMA
BUKAN EKASIH
Isi Rumah
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Isi Rumah
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM50/bulan (bermula April – Disember)
Bujang
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)

CARA PENGKREDITAN BANTUAN MYKASIH 2025

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan menerima kredit bulanan melalui MyKad khusus untuk membeli 14 Kategori Produk Barangan Keperluan Asas yang diluluskan termasuk barang dapur di pasar raya atau kedai runcit berdaftar dengan pembayaran menggunakan MyKad (IC).

CARA PEMBELIAN BARANG DAPUR MYKASIH GUNA MYKAD

Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
  2. Pilih barangan keperluan / barang dapur (berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  6. Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SENARAI BARANG DAPUR MYKASIH 2025

Berikut merupakan barangan keperluan dapur yang diluluskan pembayaran menggunakan MyKad:

  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
13 KATEGORI BARANGAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH

SENARAI KEDAI BERDAFTAR MYKASIH

Terdapat lebih 3,700 kedai dan pasar raya terpilih yang berdaftar SARA di seluruh Malaysia termasuk:

  1. Mydin
  2. Giant
  3. Econsave
  4. The Store
  5. Pacific
  6. Milimewa
  7. 99 Speedmart
  8. Lotus Stores (Tesco)
  9. Lulu Supermarket
  10. Pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran tempat tinggal penerima

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment