Semak Status Bantuan SARA 2025: Ketahui Kelayakan Sama Ada Layak Atau Tidak Terima Sumbangan

Semak Status Bantuan SARA 2025: Adakah Anda Layak Terima Sumbangan Asas Rahmah?

Kenaikan kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat Malaysia telah mendorong kerajaan memperkenalkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025. Bantuan ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah menampung perbelanjaan bulanan asas, termasuk barangan keperluan harian.

Ingin tahu status kelayakan anda? Ketahui cara semak status Bantuan SARA 2025 dan maklumat lengkap melalui panduan di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SEMAK STATUS BANTUAN SARA 2025

SEMAK STATUS BANTUAN SARA 2025

Untuk mengetahui status kelayakan sama ada layak atau tidak anda terima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui semakan berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

AMAUN BAYARAN BANTUAN SARA MENGIKUT STATUS PENERIMA 2025

Setiap penerima akan menerima amaun Bantuan SARA yang berbeza seperti berikut :

  • RM450 setahun dibayar kepada warga emas bukan e-Kasih;
  • RM600 setahun dibayar kepada bujang yang berdaftar e-Kasih;
  • RM900 setahun dibayar kepada isi rumah bukan e-Kasih;
  • RM1,650 setahun dibayar kepada warga emas yang berdaftar e-Kasih; dan
  • RM2,100 setahun dibayar kepada isi rumah yang berdaftar e-Kasih.

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA 2025

Bantuan SARA bukanlah dibayar sekaligus. Namun, ianya dibayar secara ansur setiap bulan mengikut tarikh berikut :

  • 15/01/2025 (Rabu)
  • 01/02/2025 (Sabtu)
  • 01/03/2025 (Sabtu)
  • 01/04/2025 (Selasa)
  • 01/05/2025 (Khamis)
  • 01/06/2025 (Ahad)
  • 01/07/2025 (Selasa)
  • 01/08/2025 (Jumaat)
  • 01/09/2025 (Isnin)
  • 01/10/2025 (Rabu)
  • 01/11/2025 (Sabtu)
  • 01/12/2025 (Isnin)

INISIATIF BAYARAN BANTUAN SARA 2025

Penyelarasan bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah dilaksanakan secara samarata kepada semua penerima di mana-mana negeri seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan yang mana bantuan dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam kad pengenalan individu.

Kemudian, setiap individu yang disahkan kelayakan boleh mula membuat pembelian barangan keperluan asas seperti barangan dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan serta barangan sekolah anak setiap bulan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment