Semakan Kelayakan Bantuan MyKasih RM100 2025: Cara Semak Status Penerima B40 & M40

Bantuan MyKasih RM100 bagi tahun 2025 merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia, khususnya golongan B40 dan M40. Bantuan ini disalurkan setiap bulan bagi memenuhi keperluan asas harian seperti makanan dan barangan keperluan.

Adakah anda tergolong dalam penerima yang layak menerima Bantuan MyKasih RM100 2025? Semak status kelayakan anda sekarang melalui panduan lengkap dan info penting yang disediakan di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BANTUAN MYKASIH 100 2025

JUMLAH PENERIMA BANTUAN MYKASIH 100 2025

Berikut merupakan jumlah penerima yang layak menerima Bantuan MyKasih bernilai RM100 :

  • 3.4 juta penerima (Isi Rumah).

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH 100 2025

Pembayaran Bantuan MyKasih yang bernilai RM100 adalah pada tarikh seperti berikut :

  1. 01/04/2025 (Selasa) RM100.
  2. 01/05/2025 (Khamis) RM100.
  3. 01/06/2025 (Ahad) RM100.
  4. 01/07/2025 (Selasa) RM100.
  5. 01/08/2025 (Jumaat) RM100.
  6. 01/09/2025 (Isnin) RM100.
  7. 01/10/2025 (Rabu) RM100.
  8. 01/11/2025 (Sabtu) RM100.
  9. 01/12/2025 (Isnin) RM100.

SISTEM BAYARAN BANTUAN MYKASIH 100 2025

Sistem bayaran Bantuan MyKasih adalah seperti berikut :

  1. Setelah penerima diluluskan dan didaftarkan Mykasih, akaun akan dibuka berdasarkan Nombor Kad Pengenalan penerima dalam sistem Mykasih yang mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
  2. Penerima akan menerima elaun bulanan melalui Kad Pengenalan untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
  3. Pasar raya dan Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan Kad Pengenalan.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH 100 2025

Ketahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih yang bernilai RM100 seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

SEMAKAN BAYARAN BANTUAN MYKASIH 100 2025

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment