Semakan eWallet MADANI 2025: Cara Semak Status Kelayakan Bantuan RM100, RM200 & RM50

Program eWallet MADANI 2025 merupakan salah satu inisiatif bantuan tunai digital daripada kerajaan yang bertujuan meringankan beban rakyat melalui pemberian kredit RM50, RM100 dan RM200, bergantung kepada kategori penerima yang layak. Bantuan ini diagihkan secara tanpa tunai (cashless) terus ke dalam aplikasi eDompet terpilih, sejajar dengan perkembangan teknologi dan gaya hidup digital masa kini.

Ingin tahu sama ada anda layak menerima bantuan eWallet MADANI 2025? Ikuti panduan semakan status kelayakan serta maklumat lengkap yang dikongsikan di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SEMAKAN EWALLET MADANI 2025

CARA KREDIT EWALLET MADANI 2025

Kerajaan MADANI komited menggunakan pengkreditan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pintar (kad pengenalan) penerima setiap bulan dan bukanlah dikreditkan melalui aplikasi eWallet.

Ia adalah untuk memudahkan semua penerima daripada pelbagai kategori yang bermula dari umur 21 sehinggalah 60 tahun dan ke atas dapat menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah dengan mudah dan selamat.

TARIKH KREDIT EWALLET MADANI 2025

Pengkreditan yang terbaru Bantuan Sumbangan Asas Rahmah secara tanpa tunai (cashless) adalah pada tarikh berikut :

  • Mulai 01 Mei 2025 (Khamis).

JUMLAH KREDIT EWALLET MADANI 2025

Jumlah Bantuan eWallet MADANI hanyalah diberikan sebanyak RM100 sahaja setiap penerima. Namun, Bantuan Sumbangan Asas Rahmah dikreditkan dengan jumlah yang berbeza bagi setiap kategori penerima berikut :

  • Kategori Bujang :
    • Bujang B40 : RM50 setiap bulan.
  • Kategori Isi Rumah :
    • Isi Rumah B40 : RM200 setiap bulan.
    • Isi Rumah M40 : RM100 setiap bulan.
  • Kategori Warga Emas :
    • Warga Emas B40 : RM150 setiap bulan.
    • Warga Emas M40 : RM50 setiap bulan.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA EWALLET MADANI 2025

Status kelayakan penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah boleh disemak seperti berikut :

  1. Sila pada pautan rasmi di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MADANI, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment